CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Tuesday, December 29, 2009

Solat Istikharah




Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Wednesday, December 23, 2009

Result

Alhamdulillah...keputusan sem 1 sesi 2009/2010 telah ana ketahui

Syukur ke hadrat illahi...atas segala perjalanan yang dipermudahkan oleh-Mu, Ya Allah...

Dengan keizinan-Mu, Ya Allah...7 semester telah ana tempuhi dan hanya tinggal satu semester sebelum ijazah berada dalam genggaman...

Semoga segala kejayaan dan kesenangan yang Kau kurniakan menjadikan ana semakin mensyukuri nikmat-Mu, Ya Allah....

Ya Allah, ilhamkanlah aku sesuatu mengikut kehendak-Mu dan bukan kehendak nafsuku semata-mata...

Segala yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dan penuh kekurangan adalah kerana kejahilan dan kelemahan ana sendiri...


‘Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah (SWT) hati menjadi tenang’ Ar-Ra’d : 28

‘Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah (SWT)’ Al-Imran : 159

Tuesday, December 22, 2009

4 THINGS

The Holy Prophet (SAW) Said:

1) Four things that make your body sick:-

  • Excessive talking
  • Excessive sleeping
  • Excessive eating and
  • Excessive meeting/outing with people


2) Four things that destroys the body:-

  • Worrying
  • Sorrow (Sadness/Grief)
  • Hunger
  • Sleeping late at night

3) Four things that make the face looking dull and haggard:-

  • Lying
  • Being disrespectful/impudent (knowingly)
  • Baseless arguements
  • Excessive immorality (committing sins without fear)

4) Four things that make the face glow and shine:-

  • Piety
  • Loyalty
  • Generosity and kindness
  • Helpful to others without being asked

5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-

  • Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
  • Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
  • Laziness/Idleness
  • Treachery/Dishonesty

6) Four things that bring/increase the Rizqi:-

  • Staying up in the night in prayers
  • Excessive Repentance
  • Regular Charity
  • Zikr (Remembrance of Allah)

Friday, December 18, 2009

Rumahku Syurgaku

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Bagi ana tempat yang paling selamat adalah ketika berada di rumah disamping keluarga tersayang. Rumah yang diibarat seperti syurga..."Rumahku Syurgaku". LAPANG DADA!! Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan ana selama sebulan menghabiskan cuti semester di rumah. Tidak banyak yang perlu dirisaukan. Adanya abi dan umi yang sentiasa disisi dan sudi menghulurkan bantuan sewaktu ana dalam kesusahan. Adanya adik2 yang sudi menjadi pendengar setia ketika ana dalam kerunsingan. Kadang kala, melihat tingkah laku mereka sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati dan menghilangkan kekusutan diminda. Tidak ana nafikan pertelingkahan kecil pasti akan berlaku dikalangan adik beradik. Tetapi semuanya dapat diatasi jika sikap toleransi dan saling memaafkan diamalkan. Air yang dicincang tidak akan putus, itulah peribahasa yang sering kita gunakan untuk menggambarkan perhubungan antara adik beradik. Baik atau buruk, merekalah saudara sedarah sedaging kita. Ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan anak2 mendapat pengetahuan dan didikan agama yang secukupnya. Tanamlah semangat toleransi dan perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga, bahkan perasaan sayang kepada binatang dan harta benda kerna sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang2 yang penyayang, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Berat sungguh hati ini dan lagi berat kaki ini untuk melangkah pergi meninggalkan rumah dan keluarga tercinta. Esok, ana akan bertolak pulang ke Bangi. Minggu depan sudah bermula semester baru. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja ana tinggal bermastautin di rumah. Tapi sudah tuntutan dan tanggungjawab ana sebagai pelajar dan ini juga merupakan hijad dalam menuntut ilmu. Ana harus kuatkan semangat, hanya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum ijazah berada dalam genggaman. Insya-Allah....Hampir semua sahabat2 ana menyatakan perasaan sayu untuk menghadapi semester akhir. Pejam celik 4 tahun sudah kami bersama. Di saat berjauhan dari keluarga, sahabat2lah yang menjadi keluarga kedua. Susah senang dikongsi bersama, saling menasihati dan saling memperingatkan. Kehidupan di Universiti terlalu mencabar dan terlalu bebas. Jadi, kita harus bijak dalam memilih teman. Jika silap memilih teman, akan mendatang mudharat kpd diri sendiri. Lagi satu, jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain. Alhamdulillah, Allah mempertemukan ana dengan sahabat2 yang tidak akan ana lupakan sepanjang hayat. Merekalah sahabat ana dunia & akhirat.

Ana sertakan tips2 membentuk keluarga bahagia. Tips2 ini, ana perolehi daripada hasil pembacaan sebuah website. Mudah2an dapat sama2 kita kongsikan dan untuk manfaat bersama. Insya-Allah....
Gambar Hiasan

Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga
  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
  2. Penghayatan agama yang berterusan.
  3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  5. Komunikasi yang cemerlang.
  6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  7. Suasana rumahtangga yang selesa.

Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
  3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.

Friday, December 11, 2009

Holiday


I'm Going For Holiday
With My Family

Wednesday, December 2, 2009

Senang Bukan Syarat Untuk Tenang

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt....

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga.... perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata.... segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang.... tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati.... mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

WALLAHU'ALAM....

..:: 4 The Rest Of My Life ::..