CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Wednesday, March 31, 2010

Berguru Dengan Pohon Semalu

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam ukhwah buat semua teman2.
Semalam baru ana mempunyai kesempatan untuk membaca buku terbaru Ustaz Hasrizal, Murabbi Cinta. Sebelum nie ana work hard to finish all my assignment. Bila semuanya dah selesai barulah lega hati ini. Ana tiada kuliah semalam, jadi waktu2 lapang ana cuma stay dekat bilik dengan membaca. Tertarik hati untuk berkongsi sedikit ilmu yang ana perolehi daripada buku terbaru ustaz. Mudah2an dapat kita perolehi kebaikan dan manfaat bersama. InsyaAllah...

Ana pasti teman2 semua kenal dengan Pokok Semalu!. Kalau dulu waktu kecil2, pokok semalu ini mesti ada di padang permainan. Setiap kali terpandang pokok ini, kaki ana gatal untuk memijak-mijaknya. Geram melihat pokok ini, seakan-akan tahu pergerakan orang yang ingin menyentuhnya. Pokok semalu yang akan menguncup dan terkulai apabila disentuh, dan kembang semula selepas beberapa ketika. Erm...terbit rasa penyesalan dalam diri ana menyeksakan ciptaan Allah SWT ini. Cuma waktu itu, ana hanya seorang kanak2 dan akal seorang kanak2 belum mampu untuk berfikir secara mendalam. Astaghfirullah...

 pohon semalu & wanita

Dalam buku ini, ustaz mengumpamakan pokok semalu sebagai pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau sesiapa yang ingin menyentuh, dia akan menutup dirinya. SAMAkan dengan sifat pokok semalu? Apabila kita pegang, daun pokok semalu akan tertutup kerana ingin melindungi dirinya daripada dirosakkan. Rupa-rupanya pokok semalu memang terkenal dalam amalan tradisional sebagai pokok herba untuk kegunaan kaum Hawa. Pokok semalu yang direbus bersama buah manjakani dan asam keping, airnya digunakan untuk membersihkan anggota sulit kaum Hawa serta mengembalikannya ke sifat asal terutamanya selepas bersalin.

Pokok semalu bukan sahaja bermanfaat kepada kaum Hawa, bahkan sifatnya mesti diteladani. Teringat ana pada kisah Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.  Ketika itu, Rasulullah s.a.w dan Saidatina Fatimah r.a tiba di bawah sebatang pohon tamar. Saidatina Fatimah r.a terpijak pohon semalu dan kakinya berdarah. Saidatina Fatimah r.a mengadu kesakitan dan menyatakan kepada Rasulullah s.a.w  apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Manakala, Rasulullah s.a.w dengan tenang menerangkan kepada puteri kesayangan Baginda bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Saidatina Fatimah r.a terkejut. Rasulullah s.a.w menyatakan lagi, "Para Wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 perkara" 

  1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. Pohon semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini boleh diibaratkan wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 
  4. Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wahai wanita kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.   
Memelihara Diri dan Malu Akan Menambah Kecantikan Wanita yang Sudah Cantik

"Anda cantik bukan kerana emas dan permata, tetapi adalah kerana akhlak. Anda kaya bukan kerana harta, tetapi kerana adab dan qana'ah"

Wassalam...

Tuesday, March 30, 2010

Dengarlah Wahai Wanita...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sekadar perkongsian bersama, terutamanya buat muslimah. Mudah2an kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.  



~Wahai Wanita~
Ketahuilah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga di sekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapalah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapalah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapalah lelaki yang digelar ayah...

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . Segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

  • Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. 
  • Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
  • Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
  • Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
  • Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
  • Tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

  • Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, 
  • Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya
  • Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.
Jadilah anda seorang wanita yang lebih lembut daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi,dan wanita yang lebih tinggi daripada bintang di langit...
Wanita lebih mahal daripada semua perbendaharaan dan lebih berharga daripada semua kekayaan...

Wanita boleh mengubah rumahnya menjadi syurga, sebaliknya wanita itu juga boleh mengubahnya menjadi neraka...

Wassalam...


Monday, March 29, 2010

2 stories in One entry

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


1st story
 lepas nie xtahu bila lg dpt naik komuter...batu pahat xde komuter...huhuu

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke rumah mak cik ana minggu lepas tidak sesesak seperti minggu cuti sekolah yang lepas. Macam biasa ana menaiki komuter dari UKM ke Klang. Kebetulan ana bertemu coursemate ana, Jenny di komuter UKM. Jadi ana tidaklah bersendirian sehingga di stesen komuter KL Central. Kalau selalunya ana hanya akan menjadi diam seribu bahasa kerna ana berseorangan. Takut untuk bertegur sapa dengan sesiapa. Dengan adanya Jenny, boleh juga dijadikan teman berbual. Topik yang kami bincangkan mengenai assignment Sains Kehidupan. Rasanya memang menjadi isu perbualan teman2 sekuliah yang lain tentang sistem pengurusan bagi subjek ini. Walaupun pada awal, ana katakan stesen komuter tidak terlalu sesak. Tapi kami masih tetap berdiri kerna semua tempat duduk sudah dipenuhi. Cuma setelah beberapa stesen baru ana dapat duduk. Syukran Jenny kerna bagi ana duduk. Sayang Jenny lebih ar...MySpace hehee.

Dalam satu jam setengah ana berhenti di KL Central. Makan & solat Asar. Selepas tue baru ana teruskan perjalanan ke stesen komuter Klang. Waktu tue dalam pukul 5.30 petang. Ya Allah...rasanya kalian semua dapat bayangkan bagaimana keadaan stesen komuter waktu itu. Penuh sesak dengan orang ramai yang baru pulang kerja. Ana beratur dibelakang, malas untuk berebut-rebut dengan orang lain. Memang niat hati ana, kalau terlalu sesak tunggu sahaja komuter yang lain. Cuma kebetulan komuter itu tidak terlalu sesak tetapi ana masih perlu berdiri. Tianglah yang menjadi pemaut setia ana. Maklumlah stamina bukannya kuat sangat. Kadang2 bila komuter berhenti mengejut, mula la badan tue tak stabil. huhu... Dalam komuter, ana berdiri di sebelah pak cik. Umur pak cik tue dalam lingkungan 40-an [tubuh badan masih sihat]. Memang waktu tue ana hampir2 terjatuh kerna  komuter berhenti dan waktu itu ana hanya memegang tiang dengan sebelah tangan sahaja. Alhamdulillah...badan ana masih mampu menahan daripada jatuh. Tak lama selepas itu, penumpang yang duduk di hadapan pak cik itu turun. Malu dan serba salah bercampur apabila pak cik itu menyuruh ana duduk. Ana malu kerna seharusnya orang yang lebih tua diberi keutamaan untuk duduk. Ana juga serba salah untuk menolak perlawaan itu. Kebetulan kerusi di sebelah juga seorang muslimah. Mungkin kerna itu, pak cik menyuruh ana yang duduk. Apa2 pun..ana amat berterima kasih pada pak cik yang baik hati. [sepanjang dalam komuter memang ana tunduk je sampai la pak cik tue turun....huhuu]

2nd Story
slip masuk exam 09/10

Pejam celik...Pejam celik...cuma tinggal 3 minggu sahaja lagi ana menetap di UKM...sedih pula rasanya. Banyak sangat kenangan pahit manis sepanjang 4 tahun di sini. InsyaAllah, semuanya akan ana abadikan dan semat di dalam hati.

Hari nie...berakhir sudah presentation terakhir ana dan teman2. Presentation untuk Sains Kehidupan. So rite now, ana dah boleh focus on final exam pula. Untuk semester nie, ana cuma ambil 2 subjek; Sains Kehidupan & Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan. Bagi subjek Sains Kehidupan tak perlu final exam, full mark pada report, jurnal, team work, quiz & presentation. So cuma subjek Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan je yang ada final exam. Nampak macam senang kan...satu paper je!! Tapi bab falsafah nie yang buat ana kena struggle sikit. Semuanya fakta tak boleh nak guna logik akal...MySpace[tak pe2, orang lain boleh buat takkan ana tak boleh kan??]

Erm...sebelum ana balik hujung minggu lepas, ana kemas buku2 dan file sijil ana. Dalam fb pula sibuk kawan2 cerita pasal slip masuk exam. So ana pun teringatlah, yang ana dah ambil slip masuk exam. Masalahnya.....ana tak ingat kat mana ana simpan. Waktu tue dah pukul 1 pagi..time tue juga ana kelam kabut bongkar beg2 ana. Tapi tak jumpa. Ya Allah...ana sendiri tak tahu nak buat apa. So step pertama, tulis status kat fb..."apa nak buat yea kalo slip masuk exam hilang?". Step kedua, ana bertanya dengan ukhti fazleen mengenai hal ini. Syukran pada teman2 yang prihatin kerna sudi membalas status ana di fb dengan memberi langkah yang patut ana buat. Syukran juga buat ukhti fazleen, sudi membantu dan melayan ana even esok ukhti ada exam. Terharu sangat2. Finally, malam tue juga ana jumpa slip masuk exam ana MySpace. Rupa2nya dalam kocek beg yang ana bawa notebook. Alhamdulillah...hilang semua resah gelisah.

 Wassalam....

Friday, March 26, 2010

Nice Week & Langkah Kanan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, hari selasa yang lepas MAG a.k.a Majlis Anugerah Graduan bagi Fakulti Pendidikan UKM telah selamat diadakan. Majlis yang ringkas dan meriah tetapi amat bermakna bagi kami pelajar2 tahun akhir. Syukran jazillan kepada junior2 FPEND yang telah bersusah payah dalam menjayakan majlis ini buat senior2 kalian. Semoga kebaikan adik2 semua dikurniakan ganjaran daripada Allah SWT. Terharu sangat kerna kedatangan ana di pintu Dectar disambut oleh sapaan dan pelukan dari Dr Norazah, pensyarah yang amat2 ana sayangi. Pesan Dr selepas habis study, 'drop by la kat UKM'. Ana rasa ini juga pesanan Dr kepada semua rakan2 UKM yang lain especially students SAINS. InsyaAllah...UKM sentiasa di hati kami MySpace.

Kalau minggu lepas, ana mungkin agak down sebab kesibukan assignment yang menyebabkan ana tidak dapat pulang ke rumah. Tambahan ana sememangnya HOMESICK. Tapi minggu ini, alhamdulillah...ana kembali semula bersemangat kerna beberapa sebab:

1. 'LUCKY STARS FOR MY FRENZ'...Ana order dalam 2 minggu yang lepas, Alhamdulillah hari selasa yang lepas dah berada di tangan tuannya. Erm...comel tak? Sebenarnya ana tempah khusus untuk teman2, sebagai souvenir bila habis belajar nanti. Doa ana agar teman2 tidak akan sesekali lupakan ana, insan yang kerdil ini...Bila lihat star ini, ingat ana yea...MySpaceSekarang ini dalam proses pengagihan, ada teman2 yang dah dapat dan ada yang belum. InsyaAllah, ana akan usahakan supaya stars ini bertukar milik secepatnya.

i hope the star will shining in ur life, my friends...

2. Cute Key Chain from LULU..Thanks a lot lulu...Sebenarnya dari lulu lah ana tempah lucky stars kat atas ini...Lulu bagi free gift kat ana, myb sebab ana tempah banyak kot. Comel kan? (ana memang suka benda2 yang comel nie)MySpace
 suka sangat dapat free gift dari lulu...

3. Strawberi from Ainur...Syukran Ainur atas pemberian strawberi from Cameron. I LIKE!. ABC bertukar menjadi STRAWBERI. Kalo nak tahu pasal ABC, sila baca di entri x-housemate di Surabaya, Indonesia MySpace.


nie bukan picture sebenar strawberi dari Ainur...
(maaf yea camera ana pada tasya, jadi tak boleh nak amik gambar)

4. Dinner bersama-sama Zatie dan ayahnya... Sebenarnya kami keluar berdua untuk makan di BBB. Kebetulan ayah sahabat ana, Zatie, habis awal meeting dan mengajak kami makan bersama-sama. Alhamdulillah...langkah kanan ana, ayah zatie belanja makan hari tue..Terima Kasih Pak Cik MySpace.

nie pun bukan picture sebenar ikan siakap yang pak cik tempah...
(ana tak bawa kamera la gi makan...hehe)

5. Visit My Beloved Granny...Hari ini, ana akan balik ke rumah mak cik. Sukanya. Tak sampai hati ana nak kecewakan permintaan nenek. Sudah lah minggu lepas, ana tidak dapat pulang menemaninya. So, minggu ini memang ana berhempas pulas menyiapkan assignment semata-mata ingin pulang menemani nenek ana. Lagi pun nenek sudah bertanya bila ana ingin balik. Biarlah ana habiskan weekend dengan family pula, rindu nak makan masakan nenek. NYUM2x....MySpace (insyaAllah, ana pulang ke batu pahat bulan 4 nie...family di sana pun sudah rindu dengan ana..Ana lagi lah rindunya pada family sendiri...huhu)

my beloved granny...

6. Murrabi Cinta...Akhirnya buku keluaran terbaru Ustaz Hasrizal sudah ana miliki. Syukran Fazleen atas kesudiaan menerima tempahan ana untuk membeli buku ini di PWTC. Ana amat2 menghargai jasa saudari. Sedih juga, ana belum ada kesempatan untuk pergi ke PWTC MySpace. Setiap kali Pesta Buku di sana, mesti kesibukkan membataskan ana untuk meninjau buku2 di sana. Mungkin ada hikmah atas semuanya...(rasa2nya kalau ana yang pergi sendiri..lagi banyak RM yang mengalir...huhu)

   tak de rezeki untuk beli buku ustaz 'Secangkir Teh Pengubat Letih' sebab time fazleen pergi buku tue belum dijual...Ustaz pun datang hari ahad, so tak dapat la signature ustaz...

Inilah antara sebab2 yang menjadikan minggu ini, antara minggu terindah di saat2 akhir di UKM....Memori yang tidak akan ana lupakan...At least, dapat juga ana coretkan di blog ana yang serba kekurangan nie...sekian

Wassalam...MySpace

Ukhwah Sebiru Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Tergerak hati ana untuk berkongsi lirik lagu EdCoustic, kumpulan nasyeed Indonesia yang cukup indah pada ana. Pengakuan dari teman ana, Kausar yang dia meminati semua lagu dari kumpulan ini kerna liriknya cukup hebat dan disambut dengan sokongan ana.
Sebab tue ana ingin berkongsi salah satu lirik lagu dari kumpulan ini, UKHWAH SEBIRU HARI INI. Sesuai rasanya sebab perpisahan mungkin akan terjadi antara ana dan teman2 di UKM, kurang dari sebulan.
Kata orang, kawan ketika senang memang senang dicari. Tapi kawan ketika susah tiada siapa yang sudi menemani.
4 tahun di UKM, ana dan teman2 berkongsi susah senang bersama-sama. Alhamdulillah, ana memperoleh persahabatan yang tidak terhingga nilainya di sini. Di waktu susah, teman2 sentiasa disisi, memberi kata2 semangat, menghulurkan pertolongan dan sentiasa sanggup berkorban. Di waktu senang, kami rasai kegembiraan dan kesenangan bersama-sama. Ya Allah..indahnya persahabatan ini.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..Dan sesungguhnya perpisahan itu bukan bererti berakhirnya sebuah perhubungan...Semoga persahabatan yang ikhlas kerna Allah SWT ini kekal hingga ke akhir hayat...amin





Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode

Munsyid : Edcoustic
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan temanTetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembaliKenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff 2x
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
  

Sunday, March 21, 2010

Wahai hati...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sekarang nie ana dalam mood HOMESICK, walhal ana cuma tinggal sebulan je kat UKM nie...cute-panda-emoticon-020 Pictures, Images and Photos
Kuat semangat....Kuat semangat....Kuat semangat...!!!
Umi pesan siapkan assignment cepat2....Abi pesan jangan sedih2....huhu...
Baik, ana dengar pesan umi & abi...cute robot *hai Pictures, Images and Photos
"Wahai hati yang gundah gulana...Jangan sesekali kau melemahkan semangatku"

p/s: Syukran buat family tercinta dan sahabat2 yang sentiasa bagi sokongan...Nak siapkan cepat2 assignment nie, tak perlulah nak pening2 kepala lagi...**tahap kekerapan sakit kepala ana semakin menjadi-jadi, apa nak buat yea? ** cute robot dizzy Pictures, Images and Photos

Terima Kasih Ibu Ayah

Terima kasih ibu
Terima kasih duhai ayah
Lahirku ke dunia
Ku disambut penuh syukur
Bisikkan azan ke telinga
Iqamah kalimah nan luhur
Lahir ku ke dunia 
Ku di asuh mengenal Allah
Ku di ajar sebut namanya
Juga nabi Rasul mulia
Salam sayang ayah dan ibu
Mendidik ku tak pernah jemu
Halalkanlah makan minum ku
Maafkanlah salah silap ku
Tanpa maaf dan juga restu
Hidup ku jadi tak menentu
Tiada yang lebih bernilai
Dari pengorbanan yang suci itu
Tak berdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertaqwa
Jasamu oh ayah dan ibu
Akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih sayang
Membina keluarga bahagia
Pada-Mu Allah aku berdoa
Pada-Mu jua aku meminta
Rahmati ibu ayah tercinta
Ampunilah dosa-dosa mereka
Panjang umur murahkan rezaki
Sejahtera dalam ketaatan
Moga berbahagia di dunia
Di akhirat beroleh syurga
Daku mengharap redha ibu
Juga redha darimu ayah
Hanya itulah yang ku pinta
Agar hidupku lebih bermakna

Wednesday, March 17, 2010

x-housemate di Surabaya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Kalau sebelum ini, ana ada menulis entri mengenai x-housemate di Banting. Kali ini, entri mengenai x-housemate di Surabaya, Indonesia pula. Entri kali ini...requested from "Ustazah Ainur". Kiranya ana kena berlaku adil pada kedua2 pihak..supaya ustazah ainur xjeles...cute emoticon Pictures, Images and Photos hehe

Selama 4 minggu, Ana, Salina, Ainur dan Soli telah menetap di Guest House UNESA. Dalam satu rumah ini, ada banyak bilik. Tapi kami cuma menyewa 2 bilik, dimana sebuah bilik boleh didiami oleh 2 orang. Biliknya boleh tahan. Facilities pun okay. Dalam bilik siap ada air-cond dan toilet (nie khas utk bilik ana dan ina shj...jgn marah yea cik ainur n cik soli). Bilik kami bersebelahan sahaja dan agak terlindung dari bilik2 yang lain. Kiranya ada privacy la sikit. Ana sebilik dengan salina dan ainur sebilik dengan soli. Kami pecah ikut sekolah yang ditetapkan, SMP Negeri 6 dan SMP Al-hikmah.

Banyak ilmu dan pengalaman yang kami perolehi sewaktu disana, terutama mengenai teaching method dan lesson plan format UNESA. Ilmu2 itu kami perolehi daripada DOSEN dan GURU PAMONG disana. Hampir setiap hari, ana tidur hanya 2 jam sehari. Kiranya siang dan malam berjaga sebab nak siapkan lesson plan. Mata pun hanya boleh terlelap apabila DOSEN menyatakan draf lesson plan ana diterima cute robot sleep Pictures, Images and Photos.

Mula2 memang agak susah ana nak menguasai format lesson plan UNESA. Tapi alhamdulillah, ana mendapat DOSEN yang sentiasa sudi meluangkan masa dan tidak pernah jemu untuk memberi tunjuk ajar kepada ana. Di sekolah pula, GURU PAMONG dan guru2 yang lain banyak menghulurkan bantuan. Seandainya mereka tahu kami menghadapi masalah, dengan senang hati mereka akan menolongnya. Sikap yang paling ana kagumi dikalangan guru disana adalah rasa hormat-menghormati dan keakraban antara satu sama lain memang jelas kelihatan. Teman2 yang lain pun sama. Mereka mendapat DOSEN dan GURU PAMONG yang baik2 hati semuanya.

Okay...jom ana perkenalkan x-housemate ana sewaktu di Surabaya:

dihadapan Guest House UNESA...bila la dapat ziarah rofiq & huda yea

Yang kat atas nie...Cikgu Ainur Rahmah. Dia mengajar kimia. Orangnya sangat lemah-lembut, supportive dan ada self-confident yang tinggi (ainur...pasni belanja mas ABC tau, dah puji lebih2 nie..)cute-panda-emoticon-007 Pictures, Images and Photos . Ainur tinggal kat area2 selangor nie je, ana pernah la jumpa parents ainur waktu kami beramai-ramai di airport. Hurm...selalunya time makan mesti share nasi dengan ainur, sebab kami tak makan nasi sangat....sebab tue sebungkus nasi boleh makan berdua. Bukan kes jimat tau...tapi memang nasi bungkusnya terlalu banyak...huhuhu


kenangan di Juanda airport...tengah tunggu flight nak balik ke Malaysia tercinta 

Nie pula...Miss Salina, mengajar subjek biologi. Orangnya kecil molek je...comel. Ina sebilik dan praktikal di sekolah yang sama dengan ana. So banyak la kenangan ana bersamanya. Ina pun orang selangor, duduk area dekat dengan Genting...(apa namanya yea ina, mas lupa la)...huhu...Ana dengan ina selalu support each other, especially time dosen-dosen kami dtg observe. Thanks a lot, Ina. Teringat pula kat Pak Abadi dan Bu Yuni....lama dah tak dengar khabar mereka Que hilario Pictures, Images and Photos

lupa la nama kapal nie...apa yea soli? kira bertuah la, sebab kami dibelanja dan dibawa jalan2 oleh ustaz nanang...syukran ustaz

Last sekali....Ustazah Salehah, asal kelantan dan ngajar subjek fizik. Orangnya sangat sempoi dan kelakar2. Ayat yang selalu soli ucap dan sampai sekarang ana ingat ialah "aci tak macam nie?"...Soli ingat lg tak? hehe...Kalau lepas buat sesuatu mesti soli cakap perkataan nie...Soli sebilik dengan ainur. Dialah orang yang paling relax kot time kami2 di Surabaya. Kalau soli ingat lagi...soli pernah tolong ana gunting manila card untuk buat pyramid...Syukran soli, jasamu sentiasa dikenang...cute eyes emoticon Pictures, Images and Photos 


Yang berdiri: Pak Idris (kepala sekolah SMP Negeri 6) dan Bu Ryanti (Guru Pamong ana)
Yang duduk: Pak Abadi (dosen ana), Dr Effandy (lecturer UKM) dan Bu Yuni (dosen ina)
Gambar nie diambil selepas, ana dan ina di observe oleh dosen UNESA dan lecturer UKM.
2 kali kami di observe oleh dosen UNESA & guru pamong dan sekali di observe oleh lecturer UKM. Alhamdulillah...semuanya telah berjalan dengan lancar dan jayanya.


Ini sebahagian daripada guru-guru di SMP Negeri 6. Rindu sangat kat semua. Guru-guru di sini sangat ramah, setiap kali kami di bilik guru...semestinya kami di interview mengenai Malaysia, suasana kehidupan di Surabaya, belajar some javanese languages dan yang paling best....kami dapat makan free setiap hari....hehe...Teringat dengan Bu Eko yang selalu bagi ana makanan setiap kali dia mengajar kelas memasak..sampai ana berminat nak join kelas tue, cuma tak ada rezeki nak join....sebab ana kena jumpa Pak Abadi secara tiba2...huhu


My students in Grade 8A


My students in Grade 8B



My students in Grade 7A

Hurm...nie lah students ana. Mereka semua telah banyak membantu ana dan memberi kerjasama yang sangat baik. Best sangat sebab kat sini memang kami perlu menggunakan student centre sepenuhnya. So, macam2 bakat dan kreativiti yang mereka tunjukkan. Mula2 memang ana agak gementar, takut tak boleh sesuaikan diri....tapi rasa gementar itu hilang sebab students kat sini sangat mesra even ana baru sekali masuk ke kelas mereka. Moment yang ana tak boleh lupakan bila students ana yang bagi kata2 semangat waktu semua lecturer nak observe ana buat kali pertama " Ma'am, don't worry. Relax ma'am...you can do it". Ana sangat menghargainya cute panda emoticon Pictures, Images and Photos . Pelajar2 di sana memanggil ana dan ina, Ma'am atau kadang2 Miss. Panggilan 'Bu' hanya untuk guru2 wanita yang sudah berkahwin.

Entri yang dulu, ana pernah janji untuk beritahu kenapa english menjadi bahasa harian ana di Surabaya. Sebenarnya...ana pernah cuba untuk tiru gaya pertuturan rakyat di sana, ala2 Indonesia. Tapi langsung tak jadi...bunyinya tetap kaku dan kelakar.cute-panda-emoticon-002 Pictures, Images and Photos Langsung tak sama. Kalau hendak bertutur dalam bahasa Malaysia perlu guna bahasa baku dan disebut perlahan-lahan. Lambat sangat. So, ana decided guna english je. Dosen ana pun memang prefer guna english in our communication. Coz some words in malay have different meaning in Indonesia language.


**kredit to our DOSEN: Pak Abadi, Bu Yuni, Dr Tukiran, Pak Imam, Pak Yusuf
**kredit to our GURU PAMONG: Bu Ryanti, Bu Herna, Ustaz Nanang, Bu Ira, Bu Ika
**kredit to ALL teachers at SMP Negeri 6 & SMP Al-hikmah...and our students

Vocabulary:
  1. Dosen = Pensyarah
  2. Guru Pamong = Guru Pembimbing
  3. Pak = Panggilan hormat untuk lelaki
  4. Bu = Panggilan hormat untuk wanita
  5. Sugenk Enjang = Selamat Pagi
  6. Spedol = Pensil
  7. Monggor = Sila
Nie sahaja, vocab yang ana masih ingat...rasanya banyak lupa dari ingat. Semuanya ana catit cuma bukunya ada di rumah, kalau teman2 yang lain nak tambah...sila tambah di ruangan komen yea...cute robot bye~ Pictures, Images and Photos

Wassalam...

    Thursday, March 11, 2010

    Ajarkan aku Ya Allah...


    Ya Ilahy..
    Sudikah Engkau ajarkan aku sesuatu?..
    Aku ingin tahu..
    Bagaimanakah cinta itu bersemi..?
    Bagaimanakah rasa hamba itu menundukkan aku..?
    Bagaimanakah menggapai syurga-Mu..?
    Bagaimana menempuh jalan ini..?

    Ya Ilahy..
    Terasa berat bahuku memikulnya..
    Hampa dan sakit yang kurasa..
    Jiwa ku merana..
    Hatiku derita..
    Cintaku terluka..
    Batinku meronta…
    Meminta belas kaseh-Mu..
    Meminta pandangan-Mu..
    Meminta perhatian-Mu..
    Meminta pengampunan-Mu..

    Ya Ilahy...

    Tidak ada yang layak bagiku untuk meminta dari-Mu..
    Kerana tangan ini sungguh malu menadah pada-Mu..
    Kerana dosa ini terlalu pekat sehingga hati ini kelam..
    Ampunkan aku Ya Allah..
    Terimalah taubatku..
    Terimalah pengabdianku ini..
    Terimalah sujud ku yang penuh dosa ini..
    Terimalah aku Ya Allah..

    Wednesday, March 10, 2010

    X-housemate

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Assalamualaikum wbt...

    Entri kali nie, special buat x-housemate ana...requested from Cikgu Mira.
    Sorry yea...baru sekarang, ana ada kesempatan nak tulis experiences tinggal sebumbung dengan jelitawan2 yang sangat funny n kindness...
    Walaupun cuma 5 minggu ana menetap bersama2 mereka...setiap saat, ana rasa seronok...ada je telatah mereka yang menggelikan hati...
    Barulah, ana tahu...tak ada la susah sangat tinggal di rumah sewa nie...lebih2 lagi ada housemate macam diorang semua..."happy go lucky..."
    Kami nie semua dari course yang berbeza dan negeri yang berlainan....
    Ok2, ana story serba sedikit pasal housemate2 ana nie yea...kalau berkenan, sila2 contact ana cute emoticon Pictures, Images and Photos(gurau je)

    yang nie Cikgu Mira...Mata cikgu mira sangat cantik...dia nie merangkap driver kami2 ke sekolah...thanks yea...cikgu mira nie kalau buat lawak spontan je...ana la yang selalu jadi tukang ketawa...cikgu mira mengajar kimia n math...dugaan kan mira ngajar form 4 n form 5?? macam2 gelagat anak didik dia nie...habis sekolah mesti ada story nak cerita...cikgu mira asal kelantan...betul tak mira??


    kat sebelah nie Miss Atiqah...betul ke kak tiq?? hurm...merangkap kakak kepada kami2 di rumah pandai memasak, caring, sporting...kak tiq belanja yea dah puji2 nie....ana menuntut ilmu buat cendawan goreng daripada kak tiq la...huhuu...rindu nak buat cendawan goreng...sape nak??? kak tiq nie asal pahang n ngajar subjek BI...how r u miss atiqah? miss u so much....



    sedap nama cikgu kat sebelah nie...Cikgu Puteri....
    kalau nama panjangnya Puteriana Sabrina...sedapkan?? orangnya pun cantik...tapi kami2 cuma panggil dia "Put"...nama manjanya...hehe...Put nie ngajar fizik n math....form 4 n form 5 kan??sama mcm cikgu mira...hebatnya Put nie...pukul 9 je, mesti bilik dia dah light off...hehee...orang yang paling awal dalam rumah kami yang menggapai mimpi....



    last sekali...Cikgu Zira...orang kedah nie...suka sangat bila dengar zira cakap loghat kedah....walaupun kadang2 ana lambat sikit tangkap...erm...zira ngajar biologi, tapi dia dapat MC 2 minggu sebab masalah mata...nie semua gara2 contact lens...so sape yang pakai contact lens baik hati2...kena cermat! mcm mane yerk zira...dah ganti praktikal tak?upss...sori, baru sempat mas nak bertanya...zira nie suka sangat tidur kat hall, senang je...tak payah guna tilam2 nie...sgt simple...kiranya dapat kenal zira cuma 3 minggu je....tapi ana tahu zira seorang yang
    sangat baik dan peramah...

    huhu...rindu rasanya kat semua, syukur ana dapat kenal kalian semua....rindu gak kat rumah No 10 Jalan Budi....orang2nya memang berbudi sungguh...hehe
    kalau diizinkan Allah SWT, dapat la kita semua kumpul ramai2 sebelum habis study nanti...souvenir untuk kalian semua tunggu yea! bila dah sampai nanti, ana inform...tapi tak ada la mahal pun...hopefully, kalian semua suka....cute emoticon Pictures, Images and Photos

    Wassalam...

    Sunday, March 7, 2010

    Hidup Bukan Rahsia: Fikirkanlah

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Assalamualaikum wbt....

    Entri kali ini, ana ingin berkongsi salah satu kisah yang terdapat dalam buku motivasi yang ana baca. "Hidup Bukan Rahsia: Fikirkanlah". Buku ini ditulis oleh saudari Zabrina A. Bakar. Syukran Ainur kerana sudi meminjamkan ana buku ini dan dia jugalah yang mensyorkan ana untuk membaca buku yang membuatkan ana merenung segala cubaan dan dugaan yang hadir dalam kehidupan. Tak salah buat teman2 yang lain...carilah buku ini, terlalu banyak ilmu yang dikongsi oleh penulis. Buku yang sentiasa membuatkan anda berfikir perkara yang sepatutnya anda fikirkan!.

    Perbaiki Kemahiran Komunikasi Anda !Sebuah hadis yang hebat yang menunjukkan dengan jelas teknik komunikasi yang diamalkan oleh Junjungan kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW.

    Anas Ibn Malik meriwayatkan apabila Rasulullah SAW ingin mengatakan sesuatu, Baginda akan mengulangnya sebanyak tiga kali supaya apa yang dikatakannya itu difahami. Dan apabila Baginda berjumpa seseorang, Baginda akan memberi salam sebanyak tiga kali.
    ( Al-Bukhari)
    Subhan Allah. Itulah sebenarnya teknik komunikasi yang berkesan. Mengulang apa yang kita katakan sebanyak tiga kali supaya orang yang mendengar faham dengan apa yang kita ujarkan. Tiga kali sudah mencukupi. Kaedah ini sangat mudah dan ringkas.

    Sebuah lagi hadis yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk kita contohi.

    Aishah berkata, " Kata-kata Rasulullah SAW adalah kata-kata yang jelas yang boleh difahami oleh sesiapa yang mendengarnya"
    Rasulullah SAW bukan hanya mengulang apa yang dikatakannya sebanyak tiga kali, tetapi Baginda juga memastikan yang kata-katanya jelas didengar oleh semua orang dan Baginda menggunakan perkataan yang mudah difahami. Ini bermakna Baginda menggunakan perkataan yang jelas maksudnya serta boleh difahami oleh orang yang mendengarnya.

    Jadi apabila kita bercakap dengan pelajar2, kita mesti menggunakan bahasa yang berbeza dengan bahasa yang kita gunakan ketika bercakap dengan seseorang profesor. Kita juga harus menggunakan bahasa ringkas dan mudah ketika bercakap dengan kanak2, berbanding dengan para remaja.

    Satu nasihat yang cukup sederhana tetapi memberi kesan hebat!
    Subhan Allah....

    Pertama, anda perlu mengulang apa yang anda katakan sebanyak tiga kali jika anda merasakan pendengar tidak begitu memahami apa yang anda katakan. Kedua, anda perlu bercakap dengan jelas dan menyebut setiap butir perkataan dengan terang. Dan ketiga, anda harus menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh pendengar anda.

    Hanya 3 langkah dan insyaAllah, dengan izin Allah, keupayaan kita untuk berkomunikasi tentu akan bertambah baik. Mudah, ringkas dan jelas kan?

    Penulis berkongsi satu cerita tentang apa yang mungkin berlaku jika dan apabila kita tidak mengamalkan langkah2 tadi.

    Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan Ani Wan?
    (Ani Wan = Anyone = Sesiapa)
    Operator : Ya, awak boleh bercakap dengan saya.

    Pemanggil: Bukan, saya ingin bercakap dengan Ani Wan!

    Operator : Ya, saya faham awak mahu bercakap dengan sesiapa. Jadi, awak boleh bercakap dengan saya. Siapa ni?

    Pemanggil: Saya Sam Wan. Saya mahu bercakap dengan Ani Wan! Ada perkara penting.
    (Sam Wan = Someone = Seseorang)

    Operator : Ya, saya tahu awak Sam Wan dan awak minta bercakap dengan Ani Wan! Tetapi apa yang hendak awak cakapkan?

    Pemanggil: Tolong beritahu adik saya, Ani wan yang abang kami Noe Wan terlibat dalam kemalangan. Noe Wan tidak cedera, dan dia sekarang sudah dihantar ke hospital. Sekarang Avery Wan dalam perjalanan ke hospital.
    (Noe Wan = No One = Tiada Sesiapa)
    (Avery Wan =Everyone = Semua orang)

    Operator : Jika tiada sesiapa yang cedera dan tidak ada sesiapa yang dihantar ke hospital, tentulah kemalangan itu bukan perkara penting! Awak mungkin berlawak dengan saya, tapi saya tiada masa nak melayan awak!

    Pemanggil: Biadapnya wak ni! Siapa nama awak?

    Operator : Saya Saw Ree.
    (Saw Ree = Sorry= Minta Maaf)

    Pemanggil: Ya! Awak memang patut minta maaf. Apa nama awak?

    Operator : Saya dah sebut tadi. Saya Saw Ree.

    Pemanggil: Oh....tidak!!!
    Oh, ya....memang melucukan. Ana ketawa sendirian membaca cerita a.k.a jenaka di atas. Tetapi pada masa yang sama, kita harus berjanji pada diri sendiri untuk berkomunikasi dengan lebih jelas, dan berusaha mengikut sunnah Nabi SAW dalam berkomunikasi. InsyaAllah...

    Wassalam...

    Saturday, March 6, 2010

    Accident 2010...

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Assalamualaikum wbt...

    "Sabarlah menghadapi hari-hari sukar,
    kerana semua kesukaran pasti ada akhirnya
    dan kesabaran itu hanya dimiliki oleh orang
    yang mempunyai kedudukan mulia"




    Semalam merupakan hari yang tak mungkin ana lupakan, 5 Mac 2010. Dugaan Allah SWT buat ana dan teman, Nurulhuda. Kami telah terlibat dengan accident yang melibatkan 4 buah kereta. Kemalangan yang berpunca apabila pemandu dihadapan membuat emergency brake. Bukan niat ana untuk mencari siapa yang bersalah. Ana redha dengan ketentuan Allah SWT. Inilah kali pertama, ana terlibat dengan kemalangan sebegini. Boleh dikatakan ana agak trauma pada mulanya. Syukur...Alhamdulillah...Tiada kecederaan yang teruk. Ana cuma terhantuk di kepala, ada la juga benjol kecil dan lebam di kaki. Huda juga selamat. Selagi semua orang selamat, ana sudah berasa syukur teramat sangat.

    Syukran buat Zul, coursemate Fizik yang sudi datang menemani kami sewaktu kami menelefonnya. Biasa la, kami hanya muslimah...tidak terlalu memahami apa yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, kami memerlukan kaum Adam untuk membantu. Kebetulan juga, coursemate ana, Farah, melalui tempat kejadian. Farah juga turut menemani kami. Syukran teman2, kalian sudi menghulurkan pertolongan dan memberi sokongan di saat kami memerlukannya.

    Buat Zul...syukran atas tawaran untuk menghantar kami ke Pusat Kesihatan. Buat Farah, ina dan ana....syukran kerana sudi menemani kami ke balai polis. Pertama kali ana menjejakkan kaki di balai polis. Tak dinafikan ana agak gementar, seakan-akan pesalah yang sedang menunggu hukuman. Tetapi dengan adanya teman2 yang sentiasa berusaha menenangkan hati kami, perasaan takut sedikit berkurangan.

    Sewaktu huda disoal siasat, ana telah menemaninya kerana hanya ana saksi kejadian itu. Soal siasat tidak terlalu susah. Inspektor Kumalasa sangat sporting dan humour. Perasaan takut hilang secara beransur-ansur. Inspektor juga sempat bertanya sama ada kami berminat untuk menjadi polis atau tidak. Dan jawapan kami sudah tentulah..............

    cute robot omg* Pictures, Images and Photos TIDAKKKKK !!!!


    Syukran kepada teman2 lain yang mengambil berat apabila mengetahui kemalangan yang menimpa kami dan yang sudi menziarah kami. Ana berasa sangat terharu.cute Pictures, Images and Photos
    Semoga segala kebaikan kalian, diberi ganjaran oleh Allah SWT. InsyaAllah, kejadian ini pasti ada hikmahnya.

    " Hitunglah nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan-Nya kepada anda, sebagai ganti daripada menghitung penderitaan anda".

    Wassalam....

    ..:: 4 The Rest Of My Life ::..