CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Wednesday, March 31, 2010

Berguru Dengan Pohon Semalu

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam ukhwah buat semua teman2.
Semalam baru ana mempunyai kesempatan untuk membaca buku terbaru Ustaz Hasrizal, Murabbi Cinta. Sebelum nie ana work hard to finish all my assignment. Bila semuanya dah selesai barulah lega hati ini. Ana tiada kuliah semalam, jadi waktu2 lapang ana cuma stay dekat bilik dengan membaca. Tertarik hati untuk berkongsi sedikit ilmu yang ana perolehi daripada buku terbaru ustaz. Mudah2an dapat kita perolehi kebaikan dan manfaat bersama. InsyaAllah...

Ana pasti teman2 semua kenal dengan Pokok Semalu!. Kalau dulu waktu kecil2, pokok semalu ini mesti ada di padang permainan. Setiap kali terpandang pokok ini, kaki ana gatal untuk memijak-mijaknya. Geram melihat pokok ini, seakan-akan tahu pergerakan orang yang ingin menyentuhnya. Pokok semalu yang akan menguncup dan terkulai apabila disentuh, dan kembang semula selepas beberapa ketika. Erm...terbit rasa penyesalan dalam diri ana menyeksakan ciptaan Allah SWT ini. Cuma waktu itu, ana hanya seorang kanak2 dan akal seorang kanak2 belum mampu untuk berfikir secara mendalam. Astaghfirullah...

 pohon semalu & wanita

Dalam buku ini, ustaz mengumpamakan pokok semalu sebagai pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau sesiapa yang ingin menyentuh, dia akan menutup dirinya. SAMAkan dengan sifat pokok semalu? Apabila kita pegang, daun pokok semalu akan tertutup kerana ingin melindungi dirinya daripada dirosakkan. Rupa-rupanya pokok semalu memang terkenal dalam amalan tradisional sebagai pokok herba untuk kegunaan kaum Hawa. Pokok semalu yang direbus bersama buah manjakani dan asam keping, airnya digunakan untuk membersihkan anggota sulit kaum Hawa serta mengembalikannya ke sifat asal terutamanya selepas bersalin.

Pokok semalu bukan sahaja bermanfaat kepada kaum Hawa, bahkan sifatnya mesti diteladani. Teringat ana pada kisah Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.  Ketika itu, Rasulullah s.a.w dan Saidatina Fatimah r.a tiba di bawah sebatang pohon tamar. Saidatina Fatimah r.a terpijak pohon semalu dan kakinya berdarah. Saidatina Fatimah r.a mengadu kesakitan dan menyatakan kepada Rasulullah s.a.w  apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Manakala, Rasulullah s.a.w dengan tenang menerangkan kepada puteri kesayangan Baginda bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Saidatina Fatimah r.a terkejut. Rasulullah s.a.w menyatakan lagi, "Para Wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 perkara" 

  1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. Pohon semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini boleh diibaratkan wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 
  4. Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wahai wanita kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.   
Memelihara Diri dan Malu Akan Menambah Kecantikan Wanita yang Sudah Cantik

"Anda cantik bukan kerana emas dan permata, tetapi adalah kerana akhlak. Anda kaya bukan kerana harta, tetapi kerana adab dan qana'ah"

Wassalam...

No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..