Assalamualaikum wbt...
Kebosanan semalam terubat apabila teman ana, Ainur mengatakan Book of Mobility Programme sudah diambil olehnya. Lama juga ana tunggu penerbitan buku ini, lebih setengah tahun. Kebetulan perasmian buku ini dibuat ketika MAG a.k.a Majlis Anugerah Graduan. Cuma ana tak berkesempatan untuk mengambilnya ketika majlis tersebut. Maklumlah sesi bergambar dengan teman2 lebih banyak sehingga lupa untuk ana mengambil buku ini daripada Dr Jamil. Syukran Ainur & Salehah, sudi menjenggah ke bilik Dr Jamil dan mengambilnya untuk ana.
buku hasil kerjasama pensyarah & pelajar2 FPEND UKM
Inilah buku pertama hasil daripada perkongsian kami2 [ 20 guru-guru pelatih UKM] semasa menjalani teaching practical di Indonesia. Sebenarnya Program Latihan Mengajar Luar Negara ini baru pertama kali dibuat oleh UKM (tahun 2009) dan rasanya UKM juga satu2nya universiti yang menghantar guru-guru pelatih menjalani latihan di luar negara. Kiranya ana dan teman2, first batch yang dapat join program nie
. Alhamdulillah...Sebenarnya Indonesia dipilih sebagai destinasi untuk kami sebagai percubaan. Lagi pun UKM memang mempunyai MOU dengan beberapa buah universiti di sana. Dan tidaklah terlalu jauh jarak antara Malaysia dan Indonesia jika berlaku sebarang masalah. Sekolah2 di Pekan Baru, Bandung, Surabaya dan Gontor yang menjadi pilihan untuk kami menjalani teaching practical.

Buat teman2 ana...Ainur, Ina & Salehah...Syukran atas perkongsian susah senang dalam menyiapkan buku ini. Ana takkan lupa bagaimana kelam kabut dalam pengurusan masa sewaktu menyiapkan report & refleksi ini.
[sukanya banyakkan gambar2 kita dalam buku nie]
[sukanya banyakkan gambar2 kita dalam buku nie]Buat pensyarah2 UKM, Syukran kerna sudi memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman mengajar di negara orang.
Buat guru2 SMP6 & SMP Al-Hikmah, Dosen UNESA, Rakan2 UNESA, Rofik, Huda & Our students...thanks a lot for the precious memories. We miss all of u so much
.
. Wassalam....








5 comments:
kapan dapat ku baca..huhu..-ina
kapan2 aja bu ina...hahaha =)
alhamdulilah...dapat juga buku yg dihasilkan daripada kolubrasi kita semua=) kangan bangat sama rofiq...haha..=) ainur...
alhamdulillah ainur, rasanya penat lelah buat report n refleksi...semuanya dah terbalas..simpan buku ini baik2 tau...huhuu
of course...insyalllah..=)ainur..
Post a Comment