CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Friday, April 2, 2010

Usia Senja...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...




Kehidupan ini terus dilalui dengan setiap tarikan nafas yang diizinkan Allah SWT. Namun, manusia kini amat kurang memahami apakah pengertian sebenar 'kehidupan'. Bagi mereka, kehidupan perlu direalisasikan semaksimum mungkin mengikut kehendak sendiri, jauh sekali memahami bahawa sebenarnya kehidupan itu adalah menuju jalan mencari keredhaan Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu" 
                                                                                                       (Surah al-Zariyat, ayat 56)

Renungkan kembali doa yang biasa dibaca sebelum tidur: "Bismikallahumma ahya wa amut" yang bermaksud: "Dengan menyebut namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati!". Hayati maksudnya!. Doa tersebut mempunyai pesanan agar kita mempersiapkan bekalan untuk hidup dan bersiap untuk menuju kematian kerana setiap yang hidup pastinya akan mati.

"Aku sudah tua!"
Seharusnya gelaran 'orang tua' dimuliakan dalam erti kata yang mencerminkan keperibadiaan yang mulia, pemikiran yang cukup matang dalam menilai baik dan buruk, dosa dan pahala. Lebih2 lagi dalam memimpin golongan muda yang masih mentah dan jahil. Barulah istilah "lebih dulu makan garam" sesuai diberikan kepada mereka.

Siapkan Jasmani!
Orang yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat kepanjangan umur yang dianugerahkan Allah untuk kebajikan yang disuruh dan diharuskan. Islam menyarankan kita agar memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara; " muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati!". 5 perkara yang telah mencakupi erti kehidupan yang sebenar tanpa perlu kita memikirkan bila ajal kita akan sampai. Itulah juga sumpah Allah SWT dalam Al-Quran yang menyebut:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" 
   (Surah al-Asr, ayat 1-2)

Siapkan Rohani!
Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup di dunia kerana dunia diumpamakan seperti tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat). Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amall kebajikan dengan sebanyak2nya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.

Rasulullah s.a.w. sering mengingatkan bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati tentang kematian dan mempersiapkan bekalan untuk hari esok. Orang yang sentiasa mengingati mati dan yakin dengan kematian yang pasti menjengah dirinya, tidak akan hidup di dunia ini dengan membuat kemungkaran, berfoya-foya dan lalai pada suruhan Tuhan. Sebaliknya mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempersiapkan diri dengan amalan kebajikan. Sebuah hadis ada menyebut: "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi"

Lumrah alam, ada yang hidup sampai umur yang tua dan ada pula yang mati dalam umur yang masih muda. Tua atau muda, seseorang itu pasti akan menemui ajalnya bila sampai saatnya. Setiap insan mahukan kehidupan yang tenang dan mati dalam keadaan aman; "husnul khatimah". Oleh itu, usahakanlah agar hidup kita di dunia ini tidak sia2 tapi penuh makna. InsyaAllah....

Wassalam...

No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..