CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Thursday, April 29, 2010

Engkau yang aku cinta...Teramat Cinta

 Ya Allah..
Disaat aku berdosa…
Engkau ampunkan…
Disaat aku lupa…
Engkau ingatkan…
Di saat aku kecewa…
Engkau beri harapan..
Disaat aku derita..
Engkau selamatkan…
Di saat aku tidak endahkanMu..
Engkau endahkan aku..
Disaat aku berpaling..
Engkau mengajak aku kembali..


Ya Allah..
Engkaulah maha pengampun..
Maha penyabar diatas dosa2 ku…


Ya Allah..
Aku bermohon padaMu..
Ampunkanlah dosaku..
Dosaku ketika aku lemah…
Dosaku ketika aku kuat..
Sesungguhnya aku berharap petunjukMu…

Wassalam...

Wednesday, April 28, 2010

10 Cara Meraih Kebahagiaan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah SWT akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan. Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.

Seorang pakar ilmu jiwa berbangsa Amerika (Dr. Sicks) mengatakan bahawa kehidupan yang bahagia itu adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah iaitu;

  1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Apabila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperoleh, maka penuhilah hobi anda pada waktu2 terluang.
  2. Perhatikanlah kesihatan tubuh anda, kerana sesungguhnya kesihatan itu adalah roh kebahagian, iaitu dengan mengatur makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan bersukan dan menjauhi kebiasaan buruk, baik ia merugikan atau tidak.
  3. Hendaklah anda memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.
  4. Menjalani kehidupan dan menerimanya sebagaimana adanya (redha) baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
  5. Hayatilah hidup yang sedang anda jalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula menyusahkan diri dengan memikirkan hari esok yang masih belum tiba.
  6. Hendaklah anda sentiasa berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadang kala menimpa anda.
  7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
  8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang, dan berteman dengan orang2 yang optimis.
  9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar anda memperolehi semerbaknya kebahagiaan daripadanya.
  10. Gunakanlah pelbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan. 
"Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguhlah. Carilah sesuatu yang dapat menjauhkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang..."

Hasil tulisan: Dr Aidh Abdullah al-Qarni

Wassalam...

Saturday, April 24, 2010

::.. Takdirku ..::

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...


Takdirku..
Adakah engkau yang telah tertakdir untukku..?
Hadir ketika segalanya berlaku..
Membawa harapan yang ku harapkan..
Sekian lama..

Takdirku..
Aku ingin bertanya..
Bisakah kita bersanding di dunia..?
Layakkah kita bertemu bersama..?
Mampukah kita berkongsi semua..?
Atau..
Takdir hayatku mendahuluinya segalanya..

Takdirku..
Jika engkau memang tertakdir untukku..
Ku harap benarlah janjinya…
MehnahNya kepadaku selama ini..
Membawa bahagia bersama mu..
Mengganti duka dan derita..

p/s: Allah menciptakan berpasang-pasangan, Allah tidak membiarkan hambaNya keseorangan..Cinta Ilahi Cinta Yang Hakiki...Wallahua'alam

Friday, April 23, 2010

i'm back

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

MySpace Rindu ana pada blog Andai Itu Takdirnya. Lama jari-jemari ini tidak meninggalkan jejak, cuma baru hari nie...mood blogging sudah kembali

Saje ana tukar template baru...mesti ada positive and negative feedback yang akan ana terima. First feedback, ana terima daripada Ukhti Nadiah "Cantik template baru nie tapi macam lagi nice yang dulu". Adeihh...MySpace  Patah semangat jap. Hehehe. Tapi dah ana decided nak tukar, xpe2...setiap mata yang memandang mesti ada citarasa masing2.

Sebenarnya ana dah lama nak post mengenai jasa sahabat2 meraikan hari lahir ana 2 minggu yang lepas. Ana terharu sangat2. Thank you so much my dearest friends.MySpace

Mula2 memang ana confuse nak join atau tak teman2 makan di Seoul Garden. Ana memang tak tahu diorang semua nak sambut besday ana di sana. Disebabkan kaki ana melecur (minor burnt), lagi la ana tak mahu keluar. Tapi sahabat ana, Zatie sibuk memujuk agar ana join sesi makan2 di Seoul Garden. Sahabat2 yang lain pun puas memujuk, then ana mengalah. Join gak diorang main masak2 di Seoul Garden IOI. Kami pergi dalam 10 orang, memang meriah + kecoh dek kerana suara2 kami.MySpace

Jom ana share sikit gambar2 di Seoul Garden IOI :-

  Nie papan tanda SeOul Garden...baru 2 kali ana dan teman2 main masak2 di sini [sekali di One Utama, kali kedua di IOI]


Antara hidangan yang di masak oleh kami2 semua....nyum2x

Teman2 yang meraikan besday ana...Tenkiu2x

Peace bersama dila...[teman2 yang lain bz memasak]

tiba2 nak buat muka comel....[dila jangan marah yea, amik dari blog kamu]

saya sayang kamu semua....MySpace


Thanks a lot for the sweet memories, my friends. 
Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat...Amin

Saturday, April 17, 2010

Stop Blogging For Awhile

Salam Ukhwah buat teman2....

STOP BLOGGING FOR AWHILE!!!

i'm still in unstable mood...mix of happy and sad!!!
happy coz ana dah abis exam for last time in ukm...Alhamdulillah
InsyaAllah...tunggu konvo bln 8 nie
in the same time........ana sedih sgt nak berpisah dgn kwn2 yg slalu ada ketika susah & senang
but life must go on....
to all my friends in UKM...sorry for everything..it's been nice knowing all of u...thanks for the precious memories...i'll never forget our friendship and it'll never end...always keep in touch okay!! 
salam sayang buat kwn2 ku semua..♥ ♥

Sunday, April 11, 2010

Salam Imtihan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sunyi daripada blogging untuk beberapa hari, sebenarnya ana kurang sihat. Melecur di kaki sebabnya kecuaian diri sendiri. Redha saja...anggaplah dugaan Allah SWT. Lagi2 nak exam minggu ini, ana percaya ada hikmah untuk semuanya. So, ana nak ucapkan Salam Imtihan untuk semua teman2 yang bakal menduduki final exam. Mudah2an dipermudahkan Allah untuk kita menghadapinya....Bittaufiq wan najah. Wassalam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, April 8, 2010

Hari ini..Hari Lahirku

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Hari ini genap 23 tahun, ana menumpang bernaung di bawah langit-Mu, Ya Allah..Alhamdulillah
Hari ini genap 23 tahun, ana menjadi anak kepada En Abdul Aziz Satar & Pn Norhijah Basir
Hari ini...ana mulai dengan azam baru agar diri yang kerdil ini dapat menjadi hamba-Mu, Ya Allah yang sentiasa berusaha melakukan perintah-Mu dan meninggalkan larangan-Mu serta mengikut sunnah2 Rasulullah s.a.w

"Sudah 23 tahun...aku merasai nikmat-Mu, Ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Alangkah alpa dan dosanya aku. Apakah sisa2 umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Semakin hari semakin hampir aku dengan tarikh kematian yang dijanjikan. Aku belum bersedia bertemu-Mu, Ya Allah. Walaupun aku tahu siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya Allah...segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Ku merayu pada-Mu, Ya Allah pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun. Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu.Mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni...Amin"

Pada sahabat, teman dan kenalan...terima kasih atas ingatan dan ucapan kalian. Semoga Allah SWT membalas kalian dengan kebaikan. Moga kasih Allah sentiasa bersama...Ucapan maaf dihulur sepanjang persahabatan kita semua...Wassalam

Wednesday, April 7, 2010

Warkah Buat Hawa Yang Disayangi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Wassalam...

Tuesday, April 6, 2010

Anak Kunci Pembuka Kejayaan

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



  • Anak kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya

  • Anak kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan

  • Anak kunci syurga adalah Mengesakan Allah SWT (Tauhid)

  • Anak kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT dan tanda-tanda kebesaran-Nya yang ada pada makhluk2-Nya

  • Anak kunci kebaikan adalah kejujuran

  • Anak kunci menghidupkan hati adalah al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

  • Anak kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik

  • Anak kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar

  • Anak kunci kebahagiaan adalah taqwa

  • Anak kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur

  • Anak kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi

  • Anak kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah SWT adalah berdoa
 Wallahu'alam....

Monday, April 5, 2010

Tolong Sampaikan & Beritahu Si Dia

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kaki itu syurganya.. 
Tolong ingatkan si dia...Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia...Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya...Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya...Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia...Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia...Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia....Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... 
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui 'siapa' dan 'dimana' si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
 Wassalam...

Sunday, April 4, 2010

Jauhilah Kelalaian

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Berhati-hatilah terhadap kelalaian, iaitu lupa berzikir kepada Allah SWT, meninggalkan solat, berpaling dari al-Quran, serta meninggalkan pengajian dan majlis bermanfaat. Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan. Hati akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu mengenal yang ma'ruf, mengingkari yang mungkar, dan tidak memahami agama.

Mereka yang seperti itu akan memiliki hati yang resah, sedih dan sengsara, serta fikiran yang kusut. Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia. Dan bayangkan bagaimana akibatnya di akhirat nanti!.


Oleh itu, jauhikanlah dirimu dari sebab-sebab kelalaian itu. Jagalah hubungan anda dengan Allah SWT. Basahilah bibirmu dengan selalu berzikir kepada-Nya, bertasbih, bertahlil, bertakbir, bertahmid dan memohon keampunan-Nya serta berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. setiap waktu, baik berdiri mahupun duduk atau baring. Dengan begitu, engkau akan menemukan kebahagiaan meliputi hatimu. Itulah manfaat daripada memperbanyakkan zikir.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang"
(Surah al-Ra'd, ayat 28)

Sumber: 130 Resepi untuk Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia

 Wassalam....

Saturday, April 3, 2010

Antara 2 Qiblat

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

"Apakah doa kamu wahai anak gadis?"

"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"


Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macam mana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh? Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.

Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Maka halatuju suami isteri tidak sekata dan sematlamat, jadilah kehidupan itu 2 qiblat, ataupun mewujudkan dalam rumahtangga itu, dunia ku dunia mu, …..maka apa yang di mimpikan jauh sekali daripada yang......... apa di impikan….wallahu’alam.

Wassalam... 


Friday, April 2, 2010

Usia Senja...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...




Kehidupan ini terus dilalui dengan setiap tarikan nafas yang diizinkan Allah SWT. Namun, manusia kini amat kurang memahami apakah pengertian sebenar 'kehidupan'. Bagi mereka, kehidupan perlu direalisasikan semaksimum mungkin mengikut kehendak sendiri, jauh sekali memahami bahawa sebenarnya kehidupan itu adalah menuju jalan mencari keredhaan Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu" 
                                                                                                       (Surah al-Zariyat, ayat 56)

Renungkan kembali doa yang biasa dibaca sebelum tidur: "Bismikallahumma ahya wa amut" yang bermaksud: "Dengan menyebut namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati!". Hayati maksudnya!. Doa tersebut mempunyai pesanan agar kita mempersiapkan bekalan untuk hidup dan bersiap untuk menuju kematian kerana setiap yang hidup pastinya akan mati.

"Aku sudah tua!"
Seharusnya gelaran 'orang tua' dimuliakan dalam erti kata yang mencerminkan keperibadiaan yang mulia, pemikiran yang cukup matang dalam menilai baik dan buruk, dosa dan pahala. Lebih2 lagi dalam memimpin golongan muda yang masih mentah dan jahil. Barulah istilah "lebih dulu makan garam" sesuai diberikan kepada mereka.

Siapkan Jasmani!
Orang yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat kepanjangan umur yang dianugerahkan Allah untuk kebajikan yang disuruh dan diharuskan. Islam menyarankan kita agar memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara; " muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati!". 5 perkara yang telah mencakupi erti kehidupan yang sebenar tanpa perlu kita memikirkan bila ajal kita akan sampai. Itulah juga sumpah Allah SWT dalam Al-Quran yang menyebut:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" 
   (Surah al-Asr, ayat 1-2)

Siapkan Rohani!
Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup di dunia kerana dunia diumpamakan seperti tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat). Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amall kebajikan dengan sebanyak2nya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.

Rasulullah s.a.w. sering mengingatkan bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati tentang kematian dan mempersiapkan bekalan untuk hari esok. Orang yang sentiasa mengingati mati dan yakin dengan kematian yang pasti menjengah dirinya, tidak akan hidup di dunia ini dengan membuat kemungkaran, berfoya-foya dan lalai pada suruhan Tuhan. Sebaliknya mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempersiapkan diri dengan amalan kebajikan. Sebuah hadis ada menyebut: "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi"

Lumrah alam, ada yang hidup sampai umur yang tua dan ada pula yang mati dalam umur yang masih muda. Tua atau muda, seseorang itu pasti akan menemui ajalnya bila sampai saatnya. Setiap insan mahukan kehidupan yang tenang dan mati dalam keadaan aman; "husnul khatimah". Oleh itu, usahakanlah agar hidup kita di dunia ini tidak sia2 tapi penuh makna. InsyaAllah....

Wassalam...

Thursday, April 1, 2010

Book of Mobility Programme

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Kebosanan semalam terubat apabila teman ana, Ainur mengatakan Book of Mobility Programme sudah diambil olehnya. Lama juga ana tunggu penerbitan buku ini, lebih setengah tahun. Kebetulan perasmian buku ini dibuat ketika MAG a.k.a Majlis Anugerah Graduan. Cuma ana tak berkesempatan untuk mengambilnya ketika majlis tersebut. Maklumlah sesi bergambar dengan teman2 lebih banyak sehingga lupa untuk ana mengambil buku ini daripada Dr Jamil. Syukran Ainur & Salehah, sudi menjenggah ke bilik Dr Jamil dan mengambilnya untuk ana.

buku hasil kerjasama pensyarah & pelajar2 FPEND UKM

Inilah buku pertama hasil daripada perkongsian kami2 [ 20 guru-guru pelatih UKM] semasa menjalani teaching practical di Indonesia. Sebenarnya Program Latihan Mengajar Luar Negara ini baru pertama kali dibuat oleh UKM (tahun 2009) dan rasanya UKM juga satu2nya universiti yang menghantar guru-guru pelatih menjalani latihan di luar negara. Kiranya ana dan teman2, first batch yang dapat join program nie MySpace. Alhamdulillah...

Sebenarnya Indonesia dipilih sebagai destinasi untuk kami sebagai percubaan. Lagi pun UKM memang mempunyai MOU dengan beberapa buah universiti di sana. Dan tidaklah terlalu jauh jarak antara Malaysia dan Indonesia jika berlaku sebarang masalah. Sekolah2 di Pekan Baru, Bandung, Surabaya dan Gontor yang menjadi pilihan untuk kami menjalani teaching practical. [baca dalam entri yang lepas untuk tahun destinasi ana sewaktu menjalani teaching practical]

Jujur ana katakan program ini sangat berkesan dan berjaya, cuma kalau boleh biarlah tempoh teaching practical tue dipanjangkan. Lama sikit dapat merasa dan mendalami budaya masyarakat di sana. Destinasi seterusnya bagi adik2 junior kami menjalani praktikal adalah Yemen [Yemen University] dan Beijing [ Beijing Sport University]. Ana tumpang gembira buat 6 orang adik junior yang telah dipilih untuk menjalani teaching practical di sana pada bulan 5 ini. Semoga dapat mengutip ilmu2 yang berguna dan bermanfaat sebanyak-banyaknya. MySpace

Buat teman2 ana...Ainur, Ina & Salehah...Syukran atas perkongsian susah senang dalam menyiapkan buku ini. Ana takkan lupa bagaimana kelam kabut dalam pengurusan masa sewaktu menyiapkan report & refleksi ini. MySpace [sukanya banyakkan gambar2 kita dalam buku nie]
Buat pensyarah2 UKM, Syukran kerna sudi memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman mengajar di negara orang.
Buat guru2 SMP6 & SMP Al-Hikmah, Dosen UNESA, Rakan2 UNESA, Rofik, Huda & Our students...thanks a lot for the precious memories. We miss all of u so much MySpace

Wassalam....

..:: 4 The Rest Of My Life ::..