Assalamualaikum wbt...
Berhati-hatilah terhadap kelalaian, iaitu lupa berzikir kepada Allah SWT, meninggalkan solat, berpaling dari al-Quran, serta meninggalkan pengajian dan majlis bermanfaat. Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan. Hati akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu mengenal yang ma'ruf, mengingkari yang mungkar, dan tidak memahami agama.
Mereka yang seperti itu akan memiliki hati yang resah, sedih dan sengsara, serta fikiran yang kusut. Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia. Dan bayangkan bagaimana akibatnya di akhirat nanti!.
Oleh itu, jauhikanlah dirimu dari sebab-sebab kelalaian itu. Jagalah hubungan anda dengan Allah SWT. Basahilah bibirmu dengan selalu berzikir kepada-Nya, bertasbih, bertahlil, bertakbir, bertahmid dan memohon keampunan-Nya serta berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. setiap waktu, baik berdiri mahupun duduk atau baring. Dengan begitu, engkau akan menemukan kebahagiaan meliputi hatimu. Itulah manfaat daripada memperbanyakkan zikir.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang"
(Surah al-Ra'd, ayat 28)
Sumber: 130 Resepi untuk Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia
Wassalam....








3 comments:
kadang2 kita tahu kita lalai,
kita back to basic ..
tapi susah nak konsisten
macam sembahyang awal waktu..
T_T
salam zaradgreat...
Ana juga insan kerdil yang hina lagi banyak dosanya, tidak terlepas jua drpd sifat kelalaian. Astaghfirullah...
Jangan sesekali kita berputus asa untuk berubah kerna perubahan itu terjadi secara bertahap. Kita akan menghadapi pelbagai rintangan yang boleh melemahkan semangat. Namun janganlah biarkan ia menguasai diri. InsyaAllah, niat yg baik disertakan doa sentiasa didengari Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Wallahu'alam...
tq mas...='( ainur....
Post a Comment