Assalamualaikum wbt...
Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah SWT akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan. Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.
Seorang pakar ilmu jiwa berbangsa Amerika (Dr. Sicks) mengatakan bahawa kehidupan yang bahagia itu adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah iaitu;
- Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Apabila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperoleh, maka penuhilah hobi anda pada waktu2 terluang.
- Perhatikanlah kesihatan tubuh anda, kerana sesungguhnya kesihatan itu adalah roh kebahagian, iaitu dengan mengatur makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan bersukan dan menjauhi kebiasaan buruk, baik ia merugikan atau tidak.
- Hendaklah anda memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.
- Menjalani kehidupan dan menerimanya sebagaimana adanya (redha) baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
- Hayatilah hidup yang sedang anda jalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula menyusahkan diri dengan memikirkan hari esok yang masih belum tiba.
- Hendaklah anda sentiasa berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadang kala menimpa anda.
- Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
- Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang, dan berteman dengan orang2 yang optimis.
- Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar anda memperolehi semerbaknya kebahagiaan daripadanya.
- Gunakanlah pelbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.
"Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguhlah. Carilah sesuatu yang dapat menjauhkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang..."
Hasil tulisan: Dr Aidh Abdullah al-Qarni
Wassalam...







No comments:
Post a Comment