CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Sunday, March 7, 2010

Hidup Bukan Rahsia: Fikirkanlah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Entri kali ini, ana ingin berkongsi salah satu kisah yang terdapat dalam buku motivasi yang ana baca. "Hidup Bukan Rahsia: Fikirkanlah". Buku ini ditulis oleh saudari Zabrina A. Bakar. Syukran Ainur kerana sudi meminjamkan ana buku ini dan dia jugalah yang mensyorkan ana untuk membaca buku yang membuatkan ana merenung segala cubaan dan dugaan yang hadir dalam kehidupan. Tak salah buat teman2 yang lain...carilah buku ini, terlalu banyak ilmu yang dikongsi oleh penulis. Buku yang sentiasa membuatkan anda berfikir perkara yang sepatutnya anda fikirkan!.

Perbaiki Kemahiran Komunikasi Anda !Sebuah hadis yang hebat yang menunjukkan dengan jelas teknik komunikasi yang diamalkan oleh Junjungan kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW.

Anas Ibn Malik meriwayatkan apabila Rasulullah SAW ingin mengatakan sesuatu, Baginda akan mengulangnya sebanyak tiga kali supaya apa yang dikatakannya itu difahami. Dan apabila Baginda berjumpa seseorang, Baginda akan memberi salam sebanyak tiga kali.
( Al-Bukhari)
Subhan Allah. Itulah sebenarnya teknik komunikasi yang berkesan. Mengulang apa yang kita katakan sebanyak tiga kali supaya orang yang mendengar faham dengan apa yang kita ujarkan. Tiga kali sudah mencukupi. Kaedah ini sangat mudah dan ringkas.

Sebuah lagi hadis yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk kita contohi.

Aishah berkata, " Kata-kata Rasulullah SAW adalah kata-kata yang jelas yang boleh difahami oleh sesiapa yang mendengarnya"
Rasulullah SAW bukan hanya mengulang apa yang dikatakannya sebanyak tiga kali, tetapi Baginda juga memastikan yang kata-katanya jelas didengar oleh semua orang dan Baginda menggunakan perkataan yang mudah difahami. Ini bermakna Baginda menggunakan perkataan yang jelas maksudnya serta boleh difahami oleh orang yang mendengarnya.

Jadi apabila kita bercakap dengan pelajar2, kita mesti menggunakan bahasa yang berbeza dengan bahasa yang kita gunakan ketika bercakap dengan seseorang profesor. Kita juga harus menggunakan bahasa ringkas dan mudah ketika bercakap dengan kanak2, berbanding dengan para remaja.

Satu nasihat yang cukup sederhana tetapi memberi kesan hebat!
Subhan Allah....

Pertama, anda perlu mengulang apa yang anda katakan sebanyak tiga kali jika anda merasakan pendengar tidak begitu memahami apa yang anda katakan. Kedua, anda perlu bercakap dengan jelas dan menyebut setiap butir perkataan dengan terang. Dan ketiga, anda harus menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh pendengar anda.

Hanya 3 langkah dan insyaAllah, dengan izin Allah, keupayaan kita untuk berkomunikasi tentu akan bertambah baik. Mudah, ringkas dan jelas kan?

Penulis berkongsi satu cerita tentang apa yang mungkin berlaku jika dan apabila kita tidak mengamalkan langkah2 tadi.

Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan Ani Wan?
(Ani Wan = Anyone = Sesiapa)
Operator : Ya, awak boleh bercakap dengan saya.

Pemanggil: Bukan, saya ingin bercakap dengan Ani Wan!

Operator : Ya, saya faham awak mahu bercakap dengan sesiapa. Jadi, awak boleh bercakap dengan saya. Siapa ni?

Pemanggil: Saya Sam Wan. Saya mahu bercakap dengan Ani Wan! Ada perkara penting.
(Sam Wan = Someone = Seseorang)

Operator : Ya, saya tahu awak Sam Wan dan awak minta bercakap dengan Ani Wan! Tetapi apa yang hendak awak cakapkan?

Pemanggil: Tolong beritahu adik saya, Ani wan yang abang kami Noe Wan terlibat dalam kemalangan. Noe Wan tidak cedera, dan dia sekarang sudah dihantar ke hospital. Sekarang Avery Wan dalam perjalanan ke hospital.
(Noe Wan = No One = Tiada Sesiapa)
(Avery Wan =Everyone = Semua orang)

Operator : Jika tiada sesiapa yang cedera dan tidak ada sesiapa yang dihantar ke hospital, tentulah kemalangan itu bukan perkara penting! Awak mungkin berlawak dengan saya, tapi saya tiada masa nak melayan awak!

Pemanggil: Biadapnya wak ni! Siapa nama awak?

Operator : Saya Saw Ree.
(Saw Ree = Sorry= Minta Maaf)

Pemanggil: Ya! Awak memang patut minta maaf. Apa nama awak?

Operator : Saya dah sebut tadi. Saya Saw Ree.

Pemanggil: Oh....tidak!!!
Oh, ya....memang melucukan. Ana ketawa sendirian membaca cerita a.k.a jenaka di atas. Tetapi pada masa yang sama, kita harus berjanji pada diri sendiri untuk berkomunikasi dengan lebih jelas, dan berusaha mengikut sunnah Nabi SAW dalam berkomunikasi. InsyaAllah...

Wassalam...

No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..