CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Saturday, March 6, 2010

Accident 2010...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

"Sabarlah menghadapi hari-hari sukar,
kerana semua kesukaran pasti ada akhirnya
dan kesabaran itu hanya dimiliki oleh orang
yang mempunyai kedudukan mulia"




Semalam merupakan hari yang tak mungkin ana lupakan, 5 Mac 2010. Dugaan Allah SWT buat ana dan teman, Nurulhuda. Kami telah terlibat dengan accident yang melibatkan 4 buah kereta. Kemalangan yang berpunca apabila pemandu dihadapan membuat emergency brake. Bukan niat ana untuk mencari siapa yang bersalah. Ana redha dengan ketentuan Allah SWT. Inilah kali pertama, ana terlibat dengan kemalangan sebegini. Boleh dikatakan ana agak trauma pada mulanya. Syukur...Alhamdulillah...Tiada kecederaan yang teruk. Ana cuma terhantuk di kepala, ada la juga benjol kecil dan lebam di kaki. Huda juga selamat. Selagi semua orang selamat, ana sudah berasa syukur teramat sangat.

Syukran buat Zul, coursemate Fizik yang sudi datang menemani kami sewaktu kami menelefonnya. Biasa la, kami hanya muslimah...tidak terlalu memahami apa yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, kami memerlukan kaum Adam untuk membantu. Kebetulan juga, coursemate ana, Farah, melalui tempat kejadian. Farah juga turut menemani kami. Syukran teman2, kalian sudi menghulurkan pertolongan dan memberi sokongan di saat kami memerlukannya.

Buat Zul...syukran atas tawaran untuk menghantar kami ke Pusat Kesihatan. Buat Farah, ina dan ana....syukran kerana sudi menemani kami ke balai polis. Pertama kali ana menjejakkan kaki di balai polis. Tak dinafikan ana agak gementar, seakan-akan pesalah yang sedang menunggu hukuman. Tetapi dengan adanya teman2 yang sentiasa berusaha menenangkan hati kami, perasaan takut sedikit berkurangan.

Sewaktu huda disoal siasat, ana telah menemaninya kerana hanya ana saksi kejadian itu. Soal siasat tidak terlalu susah. Inspektor Kumalasa sangat sporting dan humour. Perasaan takut hilang secara beransur-ansur. Inspektor juga sempat bertanya sama ada kami berminat untuk menjadi polis atau tidak. Dan jawapan kami sudah tentulah..............

cute robot omg* Pictures, Images and Photos TIDAKKKKK !!!!


Syukran kepada teman2 lain yang mengambil berat apabila mengetahui kemalangan yang menimpa kami dan yang sudi menziarah kami. Ana berasa sangat terharu.cute Pictures, Images and Photos
Semoga segala kebaikan kalian, diberi ganjaran oleh Allah SWT. InsyaAllah, kejadian ini pasti ada hikmahnya.

" Hitunglah nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan-Nya kepada anda, sebagai ganti daripada menghitung penderitaan anda".

Wassalam....

4 comments:

Cikgu Shida said...

salam takziah..tp dugaan kdg2 sesuatu yg berharga..satu pengalaman baru..mgkin akan dtg ade dugaan lbh berat lg..

take care ye mas..

cahaya yg t'pelihara said...

syukran shida...mmg satu pengalaman baru...Allah sedang menguji hamba2-Nya...mudah2an diberikan kekuatan utk menghadapinya..amin

natasya merican said...

eksiden ktne mas? sorry to hear that. tp alhamdulillah tak jd pape..

cahaya yg t'pelihara said...

erm, dekat2 dgn UNIKEB luar...tue la, alhamdulillah xde pe2...syukur sgt2...

..:: 4 The Rest Of My Life ::..