CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Tuesday, March 30, 2010

Dengarlah Wahai Wanita...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sekadar perkongsian bersama, terutamanya buat muslimah. Mudah2an kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.  



~Wahai Wanita~
Ketahuilah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga di sekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapalah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapalah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapalah lelaki yang digelar ayah...

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . Segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

  • Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. 
  • Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
  • Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
  • Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
  • Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
  • Tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

  • Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, 
  • Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya
  • Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W.
Jadilah anda seorang wanita yang lebih lembut daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi,dan wanita yang lebih tinggi daripada bintang di langit...
Wanita lebih mahal daripada semua perbendaharaan dan lebih berharga daripada semua kekayaan...

Wanita boleh mengubah rumahnya menjadi syurga, sebaliknya wanita itu juga boleh mengubahnya menjadi neraka...

Wassalam...


4 comments:

Qqiu said...

suke post mas kali ni..tq mas..

cahaya yg t'pelihara said...

sama2 ina...moga dapat sama2 berkongsi ilmu yg sedikit ini...

fatin said...

wanita insan teristimewa..
bukan mudah menjadi wanita..
segala-galanya perlu dijaga :)

cahaya yg t'pelihara said...

syukran fatin sudi ziarah blog ana =)

..:: 4 The Rest Of My Life ::..