Assalamualaikum wbt...
1st story
lepas nie xtahu bila lg dpt naik komuter...batu pahat xde komuter...huhuu
Alhamdulillah, perjalanan pulang ke rumah mak cik ana minggu lepas tidak sesesak seperti minggu cuti sekolah yang lepas. Macam biasa ana menaiki komuter dari UKM ke Klang. Kebetulan ana bertemu coursemate ana, Jenny di komuter UKM. Jadi ana tidaklah bersendirian sehingga di stesen komuter KL Central. Kalau selalunya ana hanya akan menjadi diam seribu bahasa kerna ana berseorangan. Takut untuk bertegur sapa dengan sesiapa. Dengan adanya Jenny, boleh juga dijadikan teman berbual. Topik yang kami bincangkan mengenai assignment Sains Kehidupan. Rasanya memang menjadi isu perbualan teman2 sekuliah yang lain tentang sistem pengurusan bagi subjek ini. Walaupun pada awal, ana katakan stesen komuter tidak terlalu sesak. Tapi kami masih tetap berdiri kerna semua tempat duduk sudah dipenuhi. Cuma setelah beberapa stesen baru ana dapat duduk. Syukran Jenny kerna bagi ana duduk. Sayang Jenny lebih ar...
hehee.Dalam satu jam setengah ana berhenti di KL Central. Makan & solat Asar. Selepas tue baru ana teruskan perjalanan ke stesen komuter Klang. Waktu tue dalam pukul 5.30 petang. Ya Allah...rasanya kalian semua dapat bayangkan bagaimana keadaan stesen komuter waktu itu. Penuh sesak dengan orang ramai yang baru pulang kerja. Ana beratur dibelakang, malas untuk berebut-rebut dengan orang lain. Memang niat hati ana, kalau terlalu sesak tunggu sahaja komuter yang lain. Cuma kebetulan komuter itu tidak terlalu sesak tetapi ana masih perlu berdiri. Tianglah yang menjadi pemaut setia ana. Maklumlah stamina bukannya kuat sangat. Kadang2 bila komuter berhenti mengejut, mula la badan tue tak stabil. huhu... Dalam komuter, ana berdiri di sebelah pak cik. Umur pak cik tue dalam lingkungan 40-an [tubuh badan masih sihat]. Memang waktu tue ana hampir2 terjatuh kerna komuter berhenti dan waktu itu ana hanya memegang tiang dengan sebelah tangan sahaja. Alhamdulillah...badan ana masih mampu menahan daripada jatuh. Tak lama selepas itu, penumpang yang duduk di hadapan pak cik itu turun. Malu dan serba salah bercampur apabila pak cik itu menyuruh ana duduk. Ana malu kerna seharusnya orang yang lebih tua diberi keutamaan untuk duduk. Ana juga serba salah untuk menolak perlawaan itu. Kebetulan kerusi di sebelah juga seorang muslimah. Mungkin kerna itu, pak cik menyuruh ana yang duduk. Apa2 pun..ana amat berterima kasih pada pak cik yang baik hati.
2nd Story
slip masuk exam 09/10
Pejam celik...Pejam celik...cuma tinggal 3 minggu sahaja lagi ana menetap di UKM...sedih pula rasanya. Banyak sangat kenangan pahit manis sepanjang 4 tahun di sini. InsyaAllah, semuanya akan ana abadikan dan semat di dalam hati.
Hari nie...berakhir sudah presentation terakhir ana dan teman2. Presentation untuk Sains Kehidupan. So rite now, ana dah boleh focus on final exam pula. Untuk semester nie, ana cuma ambil 2 subjek; Sains Kehidupan & Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan. Bagi subjek Sains Kehidupan tak perlu final exam, full mark pada report, jurnal, team work, quiz & presentation. So cuma subjek Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan je yang ada final exam. Nampak macam senang kan...satu paper je!! Tapi bab falsafah nie yang buat ana kena struggle sikit. Semuanya fakta tak boleh nak guna logik akal...
[tak pe2, orang lain boleh buat takkan ana tak boleh kan??]Erm...sebelum ana balik hujung minggu lepas, ana kemas buku2 dan file sijil ana. Dalam fb pula sibuk kawan2 cerita pasal slip masuk exam. So ana pun teringatlah, yang ana dah ambil slip masuk exam. Masalahnya.....ana tak ingat kat mana ana simpan. Waktu tue dah pukul 1 pagi..time tue juga ana kelam kabut bongkar beg2 ana. Tapi tak jumpa. Ya Allah...ana sendiri tak tahu nak buat apa. So step pertama, tulis status kat fb..."apa nak buat yea kalo slip masuk exam hilang?". Step kedua, ana bertanya dengan ukhti fazleen mengenai hal ini. Syukran pada teman2 yang prihatin kerna sudi membalas status ana di fb dengan memberi langkah yang patut ana buat. Syukran juga buat ukhti fazleen, sudi membantu dan melayan ana even esok ukhti ada exam. Terharu sangat2. Finally, malam tue juga ana jumpa slip masuk exam ana
. Rupa2nya dalam kocek beg yang ana bawa notebook. Alhamdulillah...hilang semua resah gelisah.Wassalam....








4 comments:
detailnye mas citer..hehe.org pon mcm mas jugak kalu xde kenal sape2.senyap gak,takpun bace novel.huhu.small matterla mas pasal duduk 2.org tgk mas bwk beg besar sgt,2 yg org bg chance 2.hehehe. dh agakla,kalu lewat mesti ramai org nyer..time org sampai hr 2,kene tgu abg kt stesen klang gk sbb die g ambik kak ipar dr keje dulu.dkt ngan sejam gkla tunggu smpai tersenguk2 (mengantuk)...hehe
hehe, pengangkutan tren paling sesak memang komuter lah jawapannya. macam sardin. pernah sampai tahap takyah berpaut kat mana2 pun. terlalu rapat ngan org lain sampai mustahil untukl jatuh. huuhuu
sama mas situasi kita...tiang dalam komuter tu tempat berpaut..huhu
jenny: la ye ke?...kalo mcm tue baik teman mas kat kl central je...hehee
nursarah:btul2...first yr je slalu naik komuter nak g mne2...skg nie kalo terdesak je baru naik komuter...huhu..anyway, salam perkenalan nursarah..=)
ina: mas boleh bayangkan ina berpaut pd tiang..hehe..comel2 ^-^
Post a Comment