CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Friday, January 30, 2009

Putaran Kehidupan

Secara spontan,apabila ana ingin melayari dunia internet...ana terpikir tentang "PUTARAN KEHIDUPAN"...sebagai hamba Allah yg kerdil,terlalu banyak dugaan dan ranjau yg perlu kita tempuhi...baik suka atau duka...kadang2 kita berada di atas, di mercu kejayaan...kadang2 kita berada di bawah, di alam kegagalan...semuanya harus kita tempuhi...ada HIKMAH untuk segalanya...

Setiap kejayaan yg kita perolehi...Allah memerintahkan kita supaya tidak menjadi takbur, riak dan sombong...berlipat gandalah usaha dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat-Nya

Setiap kegagalan yg kita alami...Allah memerintahkan kita supaya muhasabah diri dan berusaha lebih gigih lg...jgn terlalu mudah berputus asa dan jgn pula kita menyesali takdir yg Allah tentukan..."BERUSAHA + BERDOA + BERTAWAKAL = INSYA-ALLAH...BERJAYA"

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesorang, Jika dia tidak berusaha untuk mengubahnya"...Yakinlah, Allah sentiasa berada di samping hamba2-Nya yg selalu ingat pada-Nya...


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ” - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, January 28, 2009

Perhatian...

msg nie...ana terima drpd seorang rakan...

"Assalamualaikum...kpd semua yg bergelar muslim,hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dr Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dr bawah mantel bumi. Menurut para ulama, kemungkinan besar itu ialahsuara Dajal yg berusaha utk naik ke muka bumi. Oleh itu,kita di suruh sentiasa tidak berhanti azan dan solat, sebarkan kpd umat Islam..."

Sebagai umat Islam, sama2lah kita bersatu dan berusaha utk mempertahankan agama Islam...Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama2 kita, asalkan kita tidak sesekali melupakan-Nya...

Wednesday, January 21, 2009

Islam AGAMAKU...

Saturday, January 17, 2009

Save GAZA!!!

Sunday, January 11, 2009

Madah Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,



Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Saturday, January 10, 2009

Alhamdulillah

Ana mulakan dengan lafaz...bismillahirrahmanirrahim
Salam ukwah, salam persahabatan kpd muslimin wa muslimat...

Alhamdulillah, d'izinkan jua o' Allah SWT...dapat jua ana m'lahirkan satu lagi blog,
sekadar utk b'kongsi ilmu, pandangan dan pengalaman hidup...mudah2an d'jadikan pedoman
dan renungan...s'bagai khalifah Allah d'muka bumi, sama2lah kita ingat -m'ingati,
tegur -menegur...kerna manusia itu d'ciptakan saling memerlukan antara satu sama lain...
kpd rakan taulan yg mengenali ana atau s'baliknya, segala comment dan pendapat kalian semua amat2 d'alukan...Insya-Allah...sama2 kita gunakan dalam m'layari k'hidupan yg sementara ini, agar di akhirat kelak...ana wa antum t'diri drpd hamba2 Allah yg beriman...Amin
Sekian, wassalam...

..:: 4 The Rest Of My Life ::..