Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Alhamdulillah...diberi kesempatan jua utk ana menulis post yang terbaru...maaf, sahabat sekalian ana terlalu sibuk dengan jadual perkuliahan...ana amat bersyukur dapat jua meluangkan masa menulis entri terbaru...walaupun hanya seketika....
Tajuk entri kali nie...merupakan tajuk buku yang ana beli 3 minggu yg lepas. kebetulan waktu ana menghantar sahabat ana di bus station Kajang...ana terlihat sebuah kedai buku yang baru dibuka, hati memang tergerak utk menjenggah walaupun hanya utk sebentar...memang niat dihati cuma nak tgk2 saje...ana tidak pula bercadang utk membeli...tambahan pula, ana cuma membawa hanya sedikit wang sahaja...tatkala, melangkah ana agak tertarik apabila melihat keratan kertas yg ditampal di dinding..."Diskaun 30% sehingga bulan Mac"...
Terus sahaja...kaki ini melangkah dari satu rak ke rak yang lain...mata sibuk melihat kalau2 ada buku yang berkenan dihati...agak lama ana berada di dalam kedai tersebut...ana tertarik ngan beberapa buku motivasi...cuma keadaan tidak mengizinkan...duit yang ana bawa tidak cukup utk ana membeli buku-buku tersebut...mungkin bukan rezeki ana utk membelinya pada waktu itu...Insya-Allah,di lain waktu...akhirnya, ana membeli buku yg bertajuk "80 kekeliruan Wanita Islam"...cukup la, walau hanya sebuah buku sahaja yg dpt ana beli...
Kali pertama, ana melihat tajuk buku ini...terdetik di hati ana, kesilapan yang ana lakukan dan mungkinkah ianya tersenarai di dalam buku ini...???ana hanyalah manusia biasa...tidak terlepas daripada melakukan kesilapan...tp seharusnya kita bangkit dan belajar daripada kesalahan lalu...bahkan di akhirat kelak, kita akan diminta utk mempertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan di dunia....sebolehnya, elakkan diri kita daripada melakukan perkara2 yang bertentangan dengan ajaran Islam...agar kita sama2 memperolehi kebahagiaan di akhirat...
Di sini ana senaraikan beberapa kekeliruan yang dinyatakan di dalam buku ini...semoga sama2 dapat kita muhasabah diri dan semoga Allah memberikan taufiq kpd ana wa antum...Insya-Allah....Semoga selawat dan salam tercurah ke atas pemimpin kita, Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabat.
- Menemui tukang sihir, dukun dan bomoh
" Barangsiapa yang menemui dukun dan mempercayai kata-katanya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w." (HR Ahlus Sunan)
Rasulullah s.a.w. bersabda tentang orang yang menemui dukun sekadar untuk bertanya, meskipun tidak membenarkan kata-katanya:
" Barangsiapa yang menemui dukun, kemudian dia bertanya sesuatu,maka solatnya tidak diterima selama empat puluh hari." (HR Muslim)
- Kaum muslimah tidak mengambil berat tentang wuduk, mandi wajib dan tidak mengetahui hukum syariat.
- Melaksanakan solat fardu di akhir waktu ( di luar waktu solat )
" Apabila seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya,"masuklah kamu ke dalam syurga melalui pintu mana pun dari pintu syurga yang kamu inginkan." (HR Ibnu Hibban)
- Menggantung gambar-gambar bernyawa, sama ada patung, poster di dinding atau meletakkan di atas rak di dalam almari.
"Malaikat tidak akan memasuki rumah yang mempunyai gambar anjing atau gambar yang bernyawa" ( Muttafaqun' alaihi)
- Segelintir wanita memakai wangian sehingga dihidu oleh lelaki yang bukan muhrimnya ketika keluar rumah.
"Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangian, kemudian dia keluar rumah menuju ke masjid, maka solatnya tidak diterima sehingga dia mandi (untuk menghilangkan bauannya)." (HR Ibnu Majah)
- Mendayu-dayu dan berlemah lembut ketika bercakap dengan lelaki yang bukan muhrumnya.
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamus semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" (Al-Ahzab:32)
Larangan Allah s.w.t. dalam ayat di atas ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Jadi, bagaimana pula dengan wanita lain yang lebih rendah darjatnya dalam ketaqwaan dan kedudukan? Setiap muslimah hendaklah mengetahui bahawa perbuatan itu bertentangan dan boleh menyebabkan seseorang itu berzina. Perbuatan ini menjerumuskan individu itu ke lembah kehinaan.
- Semoga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada segelintir wanita yang mewarnakan rambut dengan pelbagai warna setelah beruban atau sebaliknya dan tidak menggunakan inai.
" Pada akhir zaman, terdapat suatu kaum yang mengubah rambut-rambut yang uban dengan warna hitam seperti tembolok burung merpati. Mereka ini tidak mencium bau syurga." (HR Abu Dawud dan An-Nasai')
- Segelintir wanita berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrim.
" Lebih baik kepala seseorang daripada kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu berbanding dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( HR Ath-Thabani. Al-Mundziri berkata,"periwayat hadis tsiqah termasuk perawi dalam kitab Shahih Bukhari.")







No comments:
Post a Comment