CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Wednesday, November 4, 2009

Old Town White Coffee

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Pagi ini apabila ana membuka inbox email...ana tertarik melihat Subject: Old Town White Coffee, from: akhi Hafidz...Hati ana tertarik kerna itu adalah nama sebuah cafe yg tidak asing lagi....pernah juga sahabat ana menyatakan coffee di cafe ini best sgt....seperti dalam iklan tv ada 'kauw'.....di area Bangi terdapat sebuah cafe Old Town White Coffee...setahu ana, cafe ini ala2 seperti sebuah cafe Baba & Nyoya...memang ramai pengunjung tak kira bangsa....email yg ana terima mengenai status Old Town Non-Halal?...


Sekadar peringatan bersama...Islam memerintahkan kepada pemeluknya untuk memilih makanan yang halal serta menjauhi makanan haram. Rasulullah bersabda: “Dari Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda: ” Sesungguhnya Allah baik tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shaleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”


Dan firmanNya yang lain: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” Kemudian beliau mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia mendadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya”. (HR Muslim no. 1015).


Email 1

Salam semua....
Mmg benar apa yg disampaikan oleh En.Rahim tu..Untuk pengetahuan, sy
merupakan bekas pekerja di syarikat tersebut,jawatan yg agak bgs.Malah seorg saja melayu yg berada ditahap itu.Tugas sy sekali sekala visit semua branch termasuk Spore n sabah.Sejak mula sy bekerja sentiasa ada was2 dgn bbrpa produk yg digunakan slh satunya Nissin Noodle la.Sb xde tanda halal dan ianya keluaran dr hong kong.Jadi sy suarakan benda pada pihak atasan(BOD),alasannya xde mslh kerana ms itu belum mendapat sijil halal cuma ada logo pork free terpampang dkt outlet..sy agak kurng senang seolah2 cuba menipu cust Islam..ada lg bbrpa produk yg tiada tanda halal seperti Gulingao ( Herbal Jelly), brown bread n coffee powder (yg mana
dirahsiakan ingredientnya) dan supplier sendri.Setiap kali sy suarakan benda2 ni, mereka agak kurang senang sb benda ni tersebar ke media...dan mereka tiada pilihan utk stop selling Nissin Noodle dan Herbal Jelly pd awl thn ini.Kesannya mereka xabis2 mencari pasal dgn sy dan cuba mempersoalkan isu2 agama..dan sy ambil keputusan resign dr comp tersebut..sy xkesah tinggal jwtn n gaji yg bagus sb tiap kali kwn2 bertanya "Oldtown halal ke?" apa sy nk jawab...sb libatkan periuk nasi n agama, so untuk org2 Islam semua behenti la masuk Oldtown white Coffee...Nk ambik francise? xpyh..lupakan,itu semua karut je..Mereka cuma mahukan duit cepat n senang je dr fees yg dikenakan.TQ


Saya pernah terima email ni dulu... (tunggu gambar load dulu untuk tengok sendiri) sekarang, saya share kan bersama rakan2 semua kerana saya pernah makan nissin noodle ni bersama anak2... Ya Allah, camane saya nak bersihkan badan saya ni??? mungkin ini adalah antara sebab2 mengapa mereka tidak mahu orang melayu terlibat di dalam perniagaan
ini...hentikan lah daripada mengunjungi cafe ini..yang saya hairan,
macamana mereka mendapat pengesahan halal...


Email 2
Assalamualaikum....

Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah "KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM
UNTUK BERNIAGA"
...Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.
Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee. Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.Fikir-fikir lah.. Salam

" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "


Email 3

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)


Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status
HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehingga kini dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh. Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.


Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya)serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL
yang dihidangkan).Maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.


Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL'). Selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tanpa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.


Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.


Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown
Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).


Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada
aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?


Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.


Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

-NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam


adalah 'TIDAK HALAL'


No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..