CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Thursday, April 23, 2009

Renung2kan...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah
senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari- cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung.
(ini kes dendam kesumat lah nie..)


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu
rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau
keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah
marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa
tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa
amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu
di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan
sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.


****Makin tinggi mazmummah seseorang,
makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja
mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah
kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah
kite sentiasa ingat mengingati antara
satu sama lain...sekian

Saturday, April 18, 2009

Salam Imtihan...

Bismillahirahmanirrahim...

Entri kali nie tidak perlu terlalu panjang...ana cuma mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjuang di medan peperiksaan buat semua teman2 yang mengenali ana...sama2 kita berjuang selagi mampu...dan bertawakallah kepada Allah...Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui...

salam imtihan...bittaufiq wan-najah



Monday, April 13, 2009

Kasih ibu bapa

kasih ibu bapa

Mari-mari kita sejenak mengingati
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa

Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai rang muda janganlah lupa

Taatlah kepada dua ibu bapa

Jangan-jangan-jangan andakan menjadi

Anak yang derhaka pada ibu bapa


Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa

Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita

Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa

p/s: Khas buat abi wa umi...

Terima kasih...Ya Allah...kau telah kurniakan ibu bapa yang penyayang dan family yang bahagia kepada hambaMu...

Migu lepas, family ana datang melawat ana di UKM...terubat jua rindu pada mereka semua...sungguh, kembali semula semangat untuk menghadapi final exam...terharu sgt sbb ana tak jangka pun...abi wa umi akan datang melawat ana...yelah, bulan 5 nanti...Insya-Allah, mereka semua akan datang sekali lg ke Bangi...semata-mata untuk menghantar ana ke airport...Ya Allah, besar sungguh pengorbanan abi wa umi...kasih sayang yang mereka tunjukkan tidak ternilai dgn wang ringgit...

Walaupun cuma 2hari semalam...ana dapat menghabiskan masa bersama family, ana tetap rasa bersyukur...melihat gelagat adik2...tak kering gusi ana dibuat...hilang semua perasaan stress...alangkah indahnya...dapat menghabiskan masa bersama-sama..:)

Wednesday, April 8, 2009

Moga hidup diberkati

Bismillahirahmanirrahim....



Aku naik saksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah....

Syukur ke hadrat illahi...hari ini genaplah umur ana 22 tahun
Alhamdulillah...ana masih diberikan kesempatan
melayari kehidupan di muka bumi Allah SWT
Diberikan kesempatan untuk ana memuhasabah diri
Diberikan kesempatan untuk ana melipat gandakan amalan
Diberikan kesempatan untuk ana menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukan
Sesungguhnya hidup dan mati ku kerna Mu...Ya Allah

Buat umi, abi dan family:
Terima kasih untuk segala kasih sayang yang dicurahkan...terima kasih abi wa umi yang telah menjaga dan mendidik ana...nasihat yang tidak pernah lekang di bibir...doa restu yang diberikan, insya-Allah menjadikan ana tabah menghadapi dugaan hidup ini...buat adik2 yang tersayang, terima kasih untuk segala sokongan yang diberikan...terima kasih menjadi adik2 yang amat memahami...

Buat sahabat2:
Terima kasih Huda, Zatie, Adha n Sally...yang telah bersusah payah menyediakan jamuan dan hadiah...sekurang-kurangnya rindu ana terhadap family sedikit terubat...bukan jamuan dan hadiah yang menjadi ukuran persahabatan kita...tetapi ingatan tulus ikhlas drpd kalian semua amat ana hargai...syukur, dipertemukan sahabat seperti kalian...semoga persahabatan kita akan berkekalan untuk selamanya...terima kasih jua, kpd sahabat2 lain yang telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat....

Syukran Jazillah...
Wasalam...



Tuesday, March 31, 2009

Ketulusan Hati

Assalamualaikum wbt...

Salam ukwah buat semua pembaca blog ana...sebenarnya, sekarang sudah menginjak ke pukul 2 pagi...tapi masih sempat jua, ana menjenguk seketika blog ana yang sudah lama x d' edit...

Ana masih lagi dihimpit dengan timbunan tugasan yang semakin dekat due date nya...Ya Allah, ku pohon agar aku dapat menyelesaikan ke semua tugasan pada waktunya...Amin...

Ana tidak berminat untuk menulis dgn lebih panjang...cukuplah, sekadar ana ingin berkongsi sebuah lirik lagu...yg bertajuk "Ketulusan Hati"...dan penyayinya Marshanda...

Jujur ana katakan, ana tidak berminat dengan penyayinya...cuma lirik lagunya sahaja amat menyentuh hati...tambahan pula, saat ini ana amat merindui abi, umi, akhi wa ukhti....tp, di sebabkan dunia pengajian menuntut ana untuk berkorban masa dan tenaga...ana harus pasrah...redha untuk semuanya...

Syukran jazillah...abi wa umi yang tidak putus2 mendoakan ana...ukhti Nadiah, yang banyak memberi peransang kpd akak...dan semua yang amat memahami perasaan ana ketika ini...

Ana ikhlas melakukan semuanya kerna Allah SWT...dan sesungguhnya keberkatan dan keredhaan Mu...Ya Allah, kupohonkan...Amin...

KETULUSAN HATI

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


Monday, March 23, 2009

Lab Report

Ahlanwahsalan...

Salamualaik...

Sudah dua hari berturut-turut ana cuba untuk menyiapkan lab report Physics...tp masih tidak berjaya...Allah sedang menduga ana...ana tidak dapat menyiapkan seperti mana yang ana rancangkan...sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya....

Due date untuk ana menghantar lab report sehingga hari jumaat ini...ana harus berkerja keras...entah la, ana dapat merasakan makmal 1B agak susah berbanding makmal 1A...mungkin kesilapan ana jua...mungkin data-data yang ana perolehi tidak mencukupi...mungkin jua, ana tidak memahami sepenuhnya soalan yang diajukan...tambahan pula, perbincangan bersama teman2 agak terbatas...hanya ana dan rakan2 major math yang lain sahaja yang mengambil makmal 1B...rakan2 major physics sudah mengambilnya sem 4 yg lepas...insya-Allah, akan ada jua jalan penyelesaian untuk masalah ana ini...Ya Allah, kau permudahkan segala urusanku...
................................................

Selama 3 tahun ana study di UKM...hari ini lah, pertama kalinya ana menjejakkan kaki ke Tasik Cempaka Bangi...Subahana'allah...cantik sungguh permandangan di sana...hati ana terasa tenang sahaja...hilang seketika semua fikiran yang kusut memikirkan lab report...kedudukan tasik ini agak strategik...tasik ini terletak di tengah-tengah bandar Bangi...maka, ramailah pengunjungnya...hampir penuh semua parking yang disediakan...ana agak terkejut juga...terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan...antaranya taman permainan, padang bola n bermacam2 lg...tidak hairanlah, ramai parents yang membawa anak2 ke sana...ana seronok melihat gelagat kanak2 yang asyik bermain...kelakar pun ada...ah...indahnya, zaman kanak2...

bunny Pictures, Images and Photos

* kredit untuk En Wan Mohd Aimran kerna banyak membantu ana sepanjang ana mengambil makmal 1B...
* seperkara yang mencacatkan pemandangan Tasik Cempaka...pasangan yang bukan muhrim yang tidak menjaga batas yang ditetapkan oleh Allah SWT...

Tuesday, March 17, 2009

ana uhibu usrati abadan...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

2 hari yang lepas...parents ana dtg melawat ana di UKM...ana berasa sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang penyayang dan sangat prihatin...adik2 yang selalu menyokong ana...TERIMA KASIH, YA Allah...untuk segala kasih sayang dan rahmat yang Engkau berikan...Syukur, Alhamdulillah...

Sebenarnya...ana tidak mempunyai kesempatan untuk pulang ke rumah...sejak cuti tahun baru cina yang lepas...sedih memang sedih...tp ana harus berkorban...tugasan terlalu banyak yang harus ana selesaikan...maaf yang tak terhingga buat umi wa abi...adik2 yang tersayang...

sebelum ana berangkat ke surabaya...ana ingin sekali pulang ke rumah...tetapi sebagai manusia kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya...ana akan cuba mencari masa yang sesuai setelah semua tugasan ana selesai...Insya-Allah...buat family yang dikasihi...terima kasih kerna memahami perasaan ana...terima kasih buat umi wa abi yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit...semata-mata untuk menjenguk anakmu di sini...terubat jua rindu ana...pengorbanan dan kasih sayang umi wa abi...terlalu besar nilainya dan tidak mungkin akak lupakan...

kadang2 kita tidak sedar betapa...kasih dan sayangnya ibu bapa kepada anak-anak mereka...dan setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk menunjukkan kasih mereka...sebagai anak, seharusnya kita sedar...pengorbanan ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas...hargailah, setiap waktu bersama mereka selagi mereka masih di muka bumi ini...

"Ya Allah, kau kasihlah dan sayangilah ibu bapa ku seperti mana mereka mengasihi dan menyayangiku"

....dan bagi anak2 sudah tidak mempunyai ibu bapa...sedarlah bahawa "doa anak2 yang soleh dan solehah tidak akan pernah putus"....semoga doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT...


Puisi untuk renungan bersama:

Ibu dan ayah...
Ini anakmu..

Anakmu pulang untuk memohon maaf darimu...

Maafkan anakmu...
Anakmu telah buat banyak salah padamu..
Ampunlah anakmu..ampunkanlah..

Ibu dan ayah..
Hari ini baru anakmu pulang ke kampung..
Setelah ibu dan ayah pergi menyambut seruan Illahi..
Anakmu tidak sempat untuk menatap wajah ibu dan ayah buat kali terakhir..
Mengucup wajah ibu dan ayah yang kian menyejuk..
Ibu...Ayah...

Ibu dan ayah..
Saban malam anakmu berlinang dengan air mata..

Mengingati kisah-kisah lalu antara kita..

Anakmu teringatkanmu ibu dan ayah..

Teringtkan kucupan mesra didahiku masa ku kecil dahulu..
Tapi kini ku tak dapat merasainya lagi..

Ibu dan ayah...
Hari ini anakmu menziarahi kuburmu yang masih lagi merah..
Bau wangi mula meresap sejenak ruang kuburmu...

Alangkah sucinya kasih mu ibu dan ayah..


Ibu dan ayah....
Disini anakmu datang untuk memohon ampun..
Memohon maaf...

Anakmu tahu sudah terlewat untuk anakmu memohon ampun kerana anakmu sibuk dengan urusan dunia..

Tapi ketahuilah ibu dan ayah..

Anakmu sudah insaf ibu dan ayah..
Insaf...

Ibu dan ayah...

Anakmu berjanji akan mengubah sikap anakmu ini..

Anakmu berjanji ibu dan ayah...
.

Monday, March 16, 2009

First time kena tag...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Tag nie...ana terima drpd sahabat ana...Rashidah...maaf,baru sekarang ana mempunyai kesempatan untuk menulisnya...apa2 pun...terima kasih Shida kerna sudi men'tag' ana...first time, ana kena tag...insya-Allah, ana cuba menjawabnya sebaik mungkin...

share 7 facts about yourself on your blog

tell 6 unspectacular quirks of yours
tagged 7 people at the end of your post by leaving their names
as well as link to their blogs
link the person who tagged you

7 facts about me:
  • my real name...nur mastura abdul aziz
  • my birthday...08 april 1987
  • asal batu pahat, johor...
  • tinggi ana 158...berat ana 47kg...huhuhu...
  • anak kedua...merangkap kakak sulung dlm family ana...
  • pernah menuntut di SKL 1, STA and KMJ....
  • sekarang ana menuntut di UKM dlm jurusan pendidikan Matematik
6 unspectacular quirks:
  • ana mudah tersinggung...kira sensitif la nie...tp insya-Allah, pada sebab yg reasonable...
  • ana akan menyendiri dan menjauhi sahabat2...kalo perasaan amarah menguasai diri...pd ana, waktu itu ana perlu membuat penilaian semula
  • ana xgemar bersukan...terutamanya sukan lasak...ana lebih banyak menghabiskan masa di bilik...tp ana suka sgt melihat pemandangan...bukti kebesaran Allah SWT
  • ana akan leka kalo mula membaca sesebuah buku...sehabis boleh, ana ingin menghabiskan bacaan dlm sehari...time tue, ana akan lupa soal makan...
  • ana xmeminati fizik ( my minor subject)...tp Alhamdulillah...inilah jalan yg Allah tunjukkan untuk ana dan Allah telah mempermudahkan bagi ana untuk memahaminya...terima kasih jua..kpd Miss Chong (lecturer KMJ) yg telah membantu ana mengubah perspektif terhadap fizik...
  • ana sebagai hamba Allah...masih lagi lemah terutama sekali ilmu agama...kadang2 terlalu leka hal duniawi...ampunilah Ya Allah, dosa-dosa hambaMu yang lemah ini...Amin
* kenalan ana terlalu sedikit...jd xleh nak tag orang lain..maaf yea...(sape2 yang ingin link...amat dialu-alukan)

tag drpd shida sudah selesai...maafkan ana, kerna terlalu lewat menyempurnakannya...
Wassalam...

Thursday, March 12, 2009

congratulation ukhti...

Bismillah hirrahmanirrahim...

CONGRATULATION MY DEAR SISTER
"Learning is a treasure that will follow its owner everywhere"


Alhamdulillah...debaran ukhti Nadiah sudah berakhir...Tahniah akak ucapkan di atas kejayaan SPM yang ukhti Nadiah perolehi...jgn lupa ukhti "SUJUD SYUKUR"...moga2 kejayaan ini, menjadi semangat untuk ukhti berusaha lagi di lapangan yang seterusnya...Insya-Allah...nasihat akak jangan sesekali menjadi riak dan takbur...segala yang baik...semuanya datang daripada Allah SWT...dan yang buruk itu datangnya daripada diri kita sendiri...

Kesempatan ini jua, ana ucapkan tahniah kepada calon2 SPM yang berjaya...kepada yang kurang berjaya...Jangan sesekali perasaan kecewa menguasai diri...gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya...muhasabah diri...renung kekurangan dan kelemahan yang mungkin perlu diperbaiki...dan yang PALING penting....sentiasa berdoa kepada Allah SWT dan bertawakal...percaya kepada Qada' dan Qadar...Sesungguhnya Allah MAHA Berkuasa...

Wednesday, March 11, 2009

Ketentuan ILLAHI....

Salam utk semua pembaca blog ana...

"Ketentuan illah"...kalimah yang cukup suci dan seharusnya ana wa antum menerimanya dengan redha...Di saat ini, ana masih dibuai mimpi...di datangi pelbagai persoalan yg kadang2 ana binggung dalam mencari jawapannnya...

Terdetik di minda...seharusnya ana tabah menghadapi dugaan belajar...nie hanya secebis sahaja dugaan Allah kpd hambaNya...dan sesungguhnya Allah SWT menduga hambaNya kerna yakin hambaNya mampu untuk menghadapinya...Insya
-Allah...

Ana yakin...di saat ini...ana dan sahabat perjuangan di UKM...sama2 bertungkus-lumus menunaikan amanah yang diberikan oleh tenaga p
engajar...tugasan yg bertimbun...sehabis mungkin cuba untuk disempurnakan....latihan mengajar...membuka semangat baru buat ana...sudah masanya, ana menjadi berani dalam menyampaikan hujah...tambahan pula, ana ditawarkan membuat praktikal di Surabaya...


Tawaran yang diberikan...tidak pernah ana duga..semuanya rezeki yg Allah tentukan...walaupun, jauh di sudut hati...ana agak keberatan untuk pergi meninggalkan usrati (keluarga ana)...ana lebih selesa praktikal di negara sendiri...namun, abi wa umi yang menggalakkan ana...menuntut ilmu di negara orang...ini lah yang dikatakan..."ketentuan ILLAHI"...ana pasrah...ana sentiasa yakin...turuti perintah ibu bapa...kerna sesungguhnya Allah akan mempermudahkan segala urusan mu...Allah SWT memerintahkan agar setiap anak mentaati ibu bapanya....Moga2 hidup ana wa antum diberkati...dan menjadi anak yang soleh dan solehah...Amin...

Insya-Allah, selagi ana mampu untuk menerokai ilmu yang bertaburan...selagi anggota badan yang Allah kurniakan mampu untuk memikulnya...selagi itulah...ana cuba melakukannya...
Kepada ahli keluarga ana yang tercinta, sahabat2 ana yang sentiasa dibelakang ana...mereka semualah...yang mendorang ana dan memberi teguran yang membina buat ana....syukran jazillah....

..:: 4 The Rest Of My Life ::..