CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Thursday, April 23, 2009

Renung2kan...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah
senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari- cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung.
(ini kes dendam kesumat lah nie..)


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu
rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau
keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah
marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa
tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa
amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu
di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan
sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.


****Makin tinggi mazmummah seseorang,
makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja
mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah
kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah
kite sentiasa ingat mengingati antara
satu sama lain...sekian

No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..