CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Friday, April 24, 2009

Cinta: Bahagian 1

Bismillahirahmanirrahim...

Salam ukwah untuk semua pembaca, sekarang sudah mengenjak pukul 2.30 pagi...tp mata ana masih tidak mengantuk...myb ana sudah terbiasa tidur lambat...sebab tu susah sedikit untuk melelapkan mata....disebabkan ana sudah bertekad untuk berehat malam nie...jadi tanpa ana sedari...sudah 3 entri ana post untuk malam nie sahaja...

Entri kali nie, ana tertarik untuk bercerita tentang CINTA...

Jujurnya, ana bukan pakar dalam perkara nie...pengalaman bercinta jauh sekali...konteks "Cinta" terlalu luas...Cinta kepada Yang Maha Pencipta, Cinta sesama manusia, Cinta kepada haiwan dan tumbuhan...Cinta kepada harta benda...

Fitrah manusia, suka kepada yang berlawanan tapi bagaimana cara untuk apa yang kita suka n cinta itu menjadikan kita seorang MANUSIA YANG HEBAT DI SISI ALLAH

“Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kep
adaku,
Jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku
Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu
yang membawa kepada kecintaan-Mu!”

Kita kecilkan skop kepada Cinta sesama manusia...Cinta kepada pasangan hidup...

Apabila telah lahir niat untuk bercinta, perkara pertama sebelum kita mencintai
seseorang itu, maka kita perlu MENCINTAI sang pencipta YANG MENCIPTA insan tersebut iaitu Allah yang Maha Esa, yang Maha Gagah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

Bagi mengelakkan kita terjebak dalam CINTA NAFSU, CINTA SANG IBLIS, maka ia perlu berlandaskan kepada cinta Illahi

Sahabat yang dikasihi, jika anda bercinta tanpa ada niat untuk mengawininya berkemungkinan itu adalah CINTA NAFSU. Berjumpalah dengan orang tua mereka dan nyatakan lah niat mu yang sebenarnya.

Satu lagi pesananku wahai sahabat, INGATLAH, wanita bukan seperti baju yang boleh ditukar ganti, bila rosak nak ditukar dgn yang baru, tetapi wanita merupakan insan yang menjadi tulang rusuk kiri seorang lelaki...





No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..