CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Thursday, November 26, 2009

Sifat-sifat wanita ahli syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.


Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.


Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

sumber asal: http://kasihkekasih.blogspot.com/

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha






Sunday, November 22, 2009

My Thesis

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum wbt...

Kalimah 'Alhamdulillah' terucap dibibir....berakhir sudah semester 1 bagi sesi 2009/2010...banyak sungguh kenangan manis dan pahit.....kenangan yang mengajar ana erti kehidupan....asam garam sebagai manusia, hamba Allah yang lemah....Walaupun semester ini, ana cuma mengambil 4 subjek....tetapi tuntutan tugas lebih berat berbanding semester yang lepas....terutamanya THESIS...Ana bersyukur kepada Allah SWT....akhirnya ana dapat juga menyiapkan THESIS dalam waktu yang ditetapkan....



Sempat juga ana amik photo kotak nie....sebagai bukti hasil kerja keras ana 4 hari berturut-turut menyiapkan thesis....Besar tak kotak nie??...hehehe....Pelikkan orang hantar thesis dgn buku yang dijilid....ana hantar thesis dengan sekotak hadiah....Sebenarnya, setiap penyelia thesis mempunyai kemahuan masing2....dan penyelia ana mahukan anak didiknya menyiapkan thesis yang berbentuk modul....kiranya kerja ana lebih berlipat ganda sikit berbanding teman2 yang lain....ana kena sertakan thesis + modul guru + modul pelajar + kit...Di saat ana menyerahkan hasil kerja ana, penyelia ana agak terkejut..perkataan pertama saat ana menunjukkan kotak ini "Wah!!Besarnya....ini dah kira hebat"....Ana hanya mampu ketawa dan berkata "Ini sahaja yang mampu saya usahakan"....Alhamdulillah, penyelia ana berpuas hati dan menyatakan dia gembira dengan hasil kerja ana....Syukur, terbalas rasanya penat lelah dan pengorbanan yang tidak disia-siakan....Syukran, abi, umi, adik2 & teman2...yang tak putus2 memberi sokongan....Alhamdulillah segala dugaan untuk semester kali ini dapat ditempuhi dengan izin Allah SWT....kini bersiap sedia berjuang untuk final semester....Insya-Allah....

wassalam...

Wednesday, November 11, 2009

Messages....

Salam....

Baru sejam yang lalu...hp ana berbunyi menandakan 2 new messages....salah satu msg daripada sahabat ana, Zarina...dan satu lagi msg daripada seseorang yang sedang menunaikan ibadah di Mekah....Laju saja jari jemari menekan 'Open'....

Sahabat ana hanya bertanya mengenai tesis kepada ana....perbincangan kami juga mengenai perjumpaan esok bersama My Beloved Supervisor, Puan Sakinah...."THESIS" salah satu perkara penting yang ana 'wajib' fikirkan dan selesaikan....before enjoying my holiday!!!yepi yepi.....

Message seterusnya....daripada insan yang banyak membantu ana sewaktu ana berada di Surabaya, Indonesia....Bu Herna....mudah sahaja untuk ana mengenalpasti message itu daripada beliau...kerna hanya Bu Herna yang memanggil ana 'Dik Mastura' dan message itu dalam english...bahasa harian ana sewaktu di Surabaya....Ok, dalam next entry part Practical Indonesia nanti ana ceritakan...kenapa english menjadi bahasa harian ana??.....

Berbalik kepada message Bu Herna....yang sudah ana anggap sebagai kakak....beliau, Pak Idris, Bu Rully dan Bu Ninik telah berangkat ke Mekah pada 30 Oktober yang lalu....beliau cuma ingin bertanya khabar dan memberitahu yang mereka sedang menunggu isya' di Masjidil Haram....sejak pulang ke Malaysia, Bu Herna sering menghantar message kepada ana....beliau juga mengambil berat mengenai ana....menjadi sumber maklumat mengenai SMPN6....terubat juga rindu pada pelajar2 & guru2 di SMPN6, lecturer dan rakan2 di UNESA.....

Doa ana buat Bu Herna, Pak Idris, Bu Rully, Bu Ninik dan semua umat Islam yang menunaikan ibadah....Semoga diberikanNya kesihatan yang baik sepanjang berada di sana, moga2 dapat memperbanyak ibadah....Semoga dikurniakanNya Haji Mabrur kepada semua jemaah haji....Semoga segala amalan semasa ibadah haji dapat dikekalkan secara istiqamah sekembali ke tanah air.....Amin3x


Renungan bersama, semoga surah Al-Asr kita jadikan prinsip hidup kita:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran .”

Tuesday, November 10, 2009

Hilangkan sifat marah


SIFAT pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair:

“Takdir Allah telah putus dan keputusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan “Inna lillahi wainna lillahi raji’un”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :

“Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.”
Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim”, kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian,keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpul di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Perbanyakkanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.

Wassalam....


Sunday, November 8, 2009

Aku Terima Nikahnya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt....


Entri kali ini adalah tajuk buku yang ingin ana habiskan membacanya....."Aku Terima Nikahnya"....dari awal semester lagi ana mula membaca buku ini...tapi sayang...sampai sekarang belum selesai pembacaannya....ALASANNYA???
  • di awal semester sibuk dengan report PRACTICAL SURABAYA
  • di pertengahan semester SEMINAR PRAKTIKAL DI INDONESIA
  • pertolongan IKHLAS untuk JAMUAN RAYA FPEND & HARI GURU FPEND
  • kuliah, assignment, quiz, mid sem....
  • di akhir semester pembikinan THESIS
Wow... banyak juga alasan yang ana senaraikan...."YA ALLAH, jauhkanlah perasaan penyesalan dalam diri hambaMu ini"...Insya-Allah, ana ikhlas lakukan jihad belajar ini kerna Allah s.w.t....

Bebalik mengenai buku ini....ana baru baca sehingga m/s 42....buku ini tidaklah terlalu tebal. cuma 227 m/s....memang semester ini ana agak kurang aktiviti membaca, perbelanjaan untuk buku pun sedikit....ana rasakan semester ini terlalu singkat, di awal semester lagi sudah terasa agak kelam kabut....maklumlah bagi pelajar2 tahun 4 PEND, kami mulai semester lambat 2 minggu berbanding pelajar2 yang lain....tunggu sehingga Latihan Praktikal selesai....kelam kabut sebab ana masih ada subjek mathematics....kalau tertinggal kelas sehari pun dah terasa berat...inikan pula tertinggal kelas 2 minggu....sebab itu, ana lebih fokus pada pembelajaran dahulu dan tugasan2 yang ana nyatakan di atas....Jadi azam ana, tebus semula aktiviti pembacaan ana di waktu cuti semester ini....Insya-Allah..


Tajuk : Aku Terima Nikahnya
Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil


Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.


Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.


Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

Saturday, November 7, 2009

Berhati2 di PTSL....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Salam ukwah buat semua...sebenarnya ana ingin berkongsi peristiwa yang terjadi pada Jumaat, 6 November 2009...peristiwa itu berlaku pada diri ana sendiri....harapan ana agar peristiwa ini dijadikan peringatan buat teman2 sekampus ana khususnya.....

Kejadian itu dalam pukul 11 pagi, ana telah berniat untuk study di Library PTSL....ana hanya bersendirian...maklum lah teman2 akrab ana semuanya telah habis exam....dugaan juga buat ana...menahan rasa jealous terhadap teman2 yang telah merdeka awal2 lagi....


Setibanya ana di PTSL...ana terus menuju ke loker untuk menyimpan beg....Sebenarnya, ana ingin menyimpan beg di loker yang berkunci....PSTL UKM telah menyediakan perkhidmatan loker berkunci...biasanya kalau pelajar2 ingin menggunakannya, mereka perlu memasukkan duit 50 sen...kemudian mereka boleh menyimpan kunci loker tersebut....untuk mengambil semula barang2 mereka....mereka perlu menggunakan kunci tersebut dan duit 50 sen itu boleh diambil semula....baguskan??...perkhidmatan seperti di beberapa buah Mall....ana lebih menyokong perkhidmatan seperti ini...lebih mudah dan murah berbanding perkhidmatan penyewaan loker untuk satu semester....yang nilainya lebih mahal walhal jarang ke library....


Macam yang ana beritahu....kalau ingin menggunakan loker berkunci HANYA duit 50 sen yang diterima....bila ana buka dompet, takde pun duit 50 sen...maksudnya ana tidak boleh menyimpan beg di loker berkunci....dengan rasa berat hati....ana hanya meletakkan beg di rak2 yang terbuka....


Sebelum masuk library, perut ana rasa kosong semacam ....biasa la tu, perut minta diisi...."belajar2 juga, kesihatan mesti dijaga"....itulah pesan abi, umi dan nenda ana....bila bab makan memang laju kaki ini melangkah.....teringat mee hoon sup dekat PUSANIKA.... sambil tu boleh juga tukar duit....mana la tahu boleh dapat duit 50 sen....sebelum ke PUSANIKA, ana mengeluarkan dompet & hp...cuma itu sahaja barang berharga yang ana bawa...kebetulan waktu itu, ana tidak terfikir untuk membawa kunci scooter...jadi ana hanya tinggalkan di dalam beg...dengan harapan baik2 sahaja....


Dalam 30 minit, ana sudah selesai makan dan menuju semula ke destinasi awal...PTSL...jadi ana ke rak beg untuk mengambil nota2 yang ingin diulangkaji....YA ALLAH, terkejut rasanya....zip beg terbuka???...memang pelik sebab ana yakin zip beg itu tertutup sebelum ana ke PUSANIKA....dalam hati ini hanya ALLAH yang tahu....siapa yang buka??ke memang ana tak tutup??....bila ana toleh ke beg2 di rak yang lain...hampir semua zip beg di situ terbuka....adakah suatu kebetulan??....timbul juga syak wasangka dalam hati ana....PENCURI ke??....ana rasa macam nak tunggu je pemilik beg2 yang ada di rak itu...."KAMU ZIP TAK BEG TADI?"....itulah soalan yang ingin ana ajukan...tetapi ana masih mempunyai niat yang lain...."STUDY untuk REAL ANALYSIS"....Syukur Alhamdulillah, tiada barang ana yang hilang....kunci scooter pun masih ada....selepas itu, ana pastikan semua barang berharga diambil termasuk kunci scooter...biarlah...."Berhati2 sebelum terkena".....

Peristiwa kecurian di PTSL bukan pertama kali...biasalah "manusia rambut sama hitam tapi hati lain2"....ana teringat sahabat ana pernah kehilangan beg di PTSL...sama juga semasa musim peperiksaan....bayangkan waktu itu, kami baru habis study dalam pukul 6.00 ptg...tiba2, hilang beg...Hanya Allah yang tahu, perasaan sahabat ana waktu itu....

Buat teman2 sekampus, jadikanlah peristiwa ini peringatan bersama....semoga dijauhkan kejadian seperti ini daripada berulang....buat insan yang mengambil hak orang lain, "Tahukah kamu mencuri itu salah satu daripada dosa2 besar?"...semoga dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat....


"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al-Maidah ayat 38)


“Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Maidah: 34)

wassalam....

Friday, November 6, 2009

Mutiara Kata

Doa

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu,

Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia mengujimu,

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...


Ukhuwah

Ukhuwah Itu Bukan Terletak Pada Pertemuan...
Bukan Pada Manisnya Ucapan Dibibir
Tapi Terletak Pada Pada Ingatan Seseorang
Terhadap Teman Dalam Doanya
[imam al-ghazali]


Pemimpin

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim....... Al-Maa- Idah : 51

Wednesday, November 4, 2009

Old Town White Coffee

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Pagi ini apabila ana membuka inbox email...ana tertarik melihat Subject: Old Town White Coffee, from: akhi Hafidz...Hati ana tertarik kerna itu adalah nama sebuah cafe yg tidak asing lagi....pernah juga sahabat ana menyatakan coffee di cafe ini best sgt....seperti dalam iklan tv ada 'kauw'.....di area Bangi terdapat sebuah cafe Old Town White Coffee...setahu ana, cafe ini ala2 seperti sebuah cafe Baba & Nyoya...memang ramai pengunjung tak kira bangsa....email yg ana terima mengenai status Old Town Non-Halal?...


Sekadar peringatan bersama...Islam memerintahkan kepada pemeluknya untuk memilih makanan yang halal serta menjauhi makanan haram. Rasulullah bersabda: “Dari Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda: ” Sesungguhnya Allah baik tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shaleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”


Dan firmanNya yang lain: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” Kemudian beliau mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia mendadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya”. (HR Muslim no. 1015).


Email 1

Salam semua....
Mmg benar apa yg disampaikan oleh En.Rahim tu..Untuk pengetahuan, sy
merupakan bekas pekerja di syarikat tersebut,jawatan yg agak bgs.Malah seorg saja melayu yg berada ditahap itu.Tugas sy sekali sekala visit semua branch termasuk Spore n sabah.Sejak mula sy bekerja sentiasa ada was2 dgn bbrpa produk yg digunakan slh satunya Nissin Noodle la.Sb xde tanda halal dan ianya keluaran dr hong kong.Jadi sy suarakan benda pada pihak atasan(BOD),alasannya xde mslh kerana ms itu belum mendapat sijil halal cuma ada logo pork free terpampang dkt outlet..sy agak kurng senang seolah2 cuba menipu cust Islam..ada lg bbrpa produk yg tiada tanda halal seperti Gulingao ( Herbal Jelly), brown bread n coffee powder (yg mana
dirahsiakan ingredientnya) dan supplier sendri.Setiap kali sy suarakan benda2 ni, mereka agak kurang senang sb benda ni tersebar ke media...dan mereka tiada pilihan utk stop selling Nissin Noodle dan Herbal Jelly pd awl thn ini.Kesannya mereka xabis2 mencari pasal dgn sy dan cuba mempersoalkan isu2 agama..dan sy ambil keputusan resign dr comp tersebut..sy xkesah tinggal jwtn n gaji yg bagus sb tiap kali kwn2 bertanya "Oldtown halal ke?" apa sy nk jawab...sb libatkan periuk nasi n agama, so untuk org2 Islam semua behenti la masuk Oldtown white Coffee...Nk ambik francise? xpyh..lupakan,itu semua karut je..Mereka cuma mahukan duit cepat n senang je dr fees yg dikenakan.TQ


Saya pernah terima email ni dulu... (tunggu gambar load dulu untuk tengok sendiri) sekarang, saya share kan bersama rakan2 semua kerana saya pernah makan nissin noodle ni bersama anak2... Ya Allah, camane saya nak bersihkan badan saya ni??? mungkin ini adalah antara sebab2 mengapa mereka tidak mahu orang melayu terlibat di dalam perniagaan
ini...hentikan lah daripada mengunjungi cafe ini..yang saya hairan,
macamana mereka mendapat pengesahan halal...


Email 2
Assalamualaikum....

Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah "KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM
UNTUK BERNIAGA"
...Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.
Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee. Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.Fikir-fikir lah.. Salam

" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "


Email 3

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)


Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status
HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehingga kini dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh. Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.


Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya)serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL
yang dihidangkan).Maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.


Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL'). Selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tanpa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.


Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.


Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown
Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).


Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada
aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?


Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.


Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

-NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam


adalah 'TIDAK HALAL'


Tuesday, November 3, 2009

coursemate

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt....


"Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya,
membawa mengingati Allah, mendengar
kata2nya menambahkan ilmu, terl
ihat gerak-gerinya
meninggikan takut kepada Allah, berkawan
dengannya berjuang ke ja
lan Allah"


Sedar tak sedar, hampir 4 tahun ana berada di UKM....rasanya seperti baru semalam ana melangkahkan kaki di sini....menjalani minggu 3M, belajar mendaftar subjek, berusaha menghafal nama dewan kuliah, belajar menaiki bas kampus....argh, indahnya saat belajar...ana yakin ana pasti merindui saat2 bersama teman2...saat2 menjadi seorang mahasiswi.... kekalutan seorang siswa/i takkan sama dengan kekalutan seorang pekerja...=')

So, untuk mengabadikan kenangan bersama satu sesi fotografi mengikut course telah diadakan...ana xberapa ingat tarikhnya....tapi alhamdulillah, semester kali nie students major math dapat berkumpul beramai-ramai....walaupun ada beberapa pelajar yang tidak hadir atas sebab2 tertentu...sesi fotografi tetap berjalan dengan jayanya....terima kasih kawan2.... semoga persahabatan yang kita bin
a kekal abadi....Amien...

wasalam....




..:: 4 The Rest Of My Life ::..