CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Monday, July 26, 2010

Dikaulah...yang bernama wanita


Kau....yang bernama wanita
Terciptanya engkau dengan begitu indah
Bermulanya di jannah
Membawa rahmah dan mawaddah
Terciptanya engkau kerana sunyi dan resah
Seorang makhluk ALLAH bernama Adam
Kau tercipta dari rusuk kirinya yang bengkok
Kerana itulah..
Kau memerlukan insan bergelar Adam
Untuk meluruskanmu
Untuk melindungimu
Untuk menyayangimu
Untuk membimbingmu
Dan untuk mencintaimu

Kau....yang bernama wanita
Cantikmu bukanlah kerana parasmu
Cantikmu bukanlah kerana hartamu
Cantikmu bukanlah kerana perhiasan tubuhmu
Tetapi..indahnya dirimu itu
Kerana akhlak dan pekertimu
Kerana iman dan taqwamu
Kerana kasih dan malumu
Kau wujud kerana Adam
Tetapi..kau jualah yang bisa memusnahkan Adam
Kelembutanmu bisa menggoyahkan iman
Kemanjaanmu bisa menggegar jiwa
Tangismu bisa merobohkan ego nan perkasa

Kau....yang bernama wanita
Jadilah kau seperti Khadijah
Yang menjadi kekuatan perjuangan Rasulullah
Yang menjadi penguat jiwa Nabi yang gundah
Jadilah kau seperti Aisyah
Yang bisa membuat Nabi tersenyum dan tertawa
Kerana kasih dan manjanya
Kerana rasa cemburunya
Jadilah kau seperti Asiah
Yang bisa meranapkan keangkuhan seorang lelaki
Yang bisa menundukkan ego dengan kelembutannya
Jadilah kau seperti Sumaiyah
Yang rela berkorban demi agama
Yang rela mati demi iman
Dan jadilah kau seperti Rabiatul Adawiyah
Yang kasih dan cintanya hanya pada ALLAH
Rukuk dan sujud hanya padaNYA
Jiwa dan raga hanya untukNYA

Kau....yang bernama wanita
Perhiasan terindah dunia
Penyeri hidup bahagia
Betapa dirimu berada di tempat yang mulia
Kerana dari rahimmu lahirlah
Para pencinta dan pembela agama
Jadikanlah....
Malu sebagai pakaianmu
Taqwa sebagai perhiasanmu
Ilmu sebagai penerang hidupmu
Jadilah kau wanita solehah
Yang dicemburui para bidadari syurga
Kerana sejatinya imanmu
Jadikanlah kelembutan itu penguat peribadi
Jadikanlah ketenangan itu penyeri hati
Jadikanlah kasih dan cintamu itu pendinding nurani
Kerana kau adalah..
Yang bernama wanita..

Friday, July 23, 2010

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya ana tidak berapa sihat hari nie. Lepas solat subuh dan membaca Al-Quran, mata nie terlalu berat. Lalu ana tidur kembali. Tapi ana anggap ini juga suatu rahmat Allah SWT, penghapus dosa2 kecilku. InsyaAllah.

Bosan rasanya, kalau duduk rumah tapi tiada kerja yang hendak dilakukan. Jadi ana mem'busy'kan diri dengan membaca, blogging n surfing internet. Hati nie tertarik untuk berkongsi artikel yang diterima melalui email. Semoga kita mendapat sesuatu daripadanya. 
Selamat Membaca !

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?? 

"Seorang teman akan menyukai kita kerana kelebihan yang kita miliki sahaja,
tetapi seorang sahabat menyukai kita kerana dia boleh menerima kita seadanya.."

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?  
 
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki? 
 
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.  
 
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.  
 
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.  
 
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.  
 
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?  
 
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.  
 
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.  
 
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.  
 
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.  
 
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.  
 
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..

Wassalam...

Thursday, July 22, 2010

Bicara Nur Kasih

 Ya Rabb,
telah Kau janjikan sejak azali,
janji yang terpatri,
utuh di kamar hati,
mendamba insan sejati,
pembimbing peneman diri…
 
ya Allah,
dalam hijab kasihMu,
aku mengintai rahmat yang mekar,
menjeling sirna rindu yang amat,
memohon pada doa yang keramat..

ya Ilahi,
terusik sudah kamar hatiku,
dalam munajat pada Mu Yang Satu,
andai kalimah cintaMu,
telah Kau redhai buatku,
pimpinkanlah aku menerangi kasihMu…

ya Rahman,
rindukah aku pada mukhlis itu?
Yang Kau janjikan hanya satu,
hambaMu yang terlalu menyintaiMu,
hambaMu yang merindui syahidMu,
hambaMu yang begitu inginkan,
hidup dalam kerahmatanMu…

Ya Allah,
Aku ingin mejadi isteri solehah,
Aku ingin menjadi yang terbaik untuk suamiku,

Ya Allah,
Janganlah Engkau sisihkan aku,
Daripada rahmat dan inayahMu,

Ya Allah,
Aku ingin hidup dalam keberkatan,
Menyucikan diri dalam mendamba kerahmatan,
Agar iman itu bisa kusuburkan,
Menjadi pelita di teratak nafsu,
Menjadi pewangi di istana aqal…

Wednesday, July 21, 2010

Tragedy Of Love

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Ana terbaca entri ini dalam blog kak Nur, rasanya ana ingin kongsi bersama sahabat2 sekalian. Kalau ana tak silap ana pernah juga kongsi entri ini (bahagian 1) dalam FB ana. Kali nie bahagian 2. Tiba2 mood jiwang pulak hari nie. [hahaha] Tak pe kan..sekali sekala je. [rasa2nya penangan lagu Maher Zain kot] MySpace


Jom Kongsi Baca!
 
Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.  

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu. 

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapan mu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu. 

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga. 

Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta. 

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 

Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.  

Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.  

Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.  

Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta. 

Wassalam

4 The Rest Of My Life

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

"4 The Rest Of My Life"..that was my favor song lately!
A perfect song and beautiful meaning from Maher Zain...
He has a wonderful voice and very talented
I thought he tried to put a lot of emotion while wrote and sang it...
This song has touch my heart emotionally
A song dedicated to a wife...A husband thanks Allah for his wife
It's about the LOVE of a husband & wife
Awesome...very beautiful feeling

**May Allah to bless all we do...InsyaAllah. 

For The Rest Of My Life Lyric

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Tuesday, July 20, 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. 

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. 

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan IMAN dan IBADAH.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.  
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. 
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. 
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan. 
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. 
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. 
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". 
  • Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
Wahai muslimah sejati:
"Peliharalah dirimu ibarat sebutir mutiara yang sukar dimiliki..seindah hiasan dunia adalah WANITA SOLEHAH..."
sumber: http://penagihcintaagung.blogspot.com 
Wassalam...

Thursday, April 29, 2010

Engkau yang aku cinta...Teramat Cinta

 Ya Allah..
Disaat aku berdosa…
Engkau ampunkan…
Disaat aku lupa…
Engkau ingatkan…
Di saat aku kecewa…
Engkau beri harapan..
Disaat aku derita..
Engkau selamatkan…
Di saat aku tidak endahkanMu..
Engkau endahkan aku..
Disaat aku berpaling..
Engkau mengajak aku kembali..


Ya Allah..
Engkaulah maha pengampun..
Maha penyabar diatas dosa2 ku…


Ya Allah..
Aku bermohon padaMu..
Ampunkanlah dosaku..
Dosaku ketika aku lemah…
Dosaku ketika aku kuat..
Sesungguhnya aku berharap petunjukMu…

Wassalam...

Wednesday, April 28, 2010

10 Cara Meraih Kebahagiaan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah SWT akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan. Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.

Seorang pakar ilmu jiwa berbangsa Amerika (Dr. Sicks) mengatakan bahawa kehidupan yang bahagia itu adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah iaitu;

  1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Apabila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperoleh, maka penuhilah hobi anda pada waktu2 terluang.
  2. Perhatikanlah kesihatan tubuh anda, kerana sesungguhnya kesihatan itu adalah roh kebahagian, iaitu dengan mengatur makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan bersukan dan menjauhi kebiasaan buruk, baik ia merugikan atau tidak.
  3. Hendaklah anda memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.
  4. Menjalani kehidupan dan menerimanya sebagaimana adanya (redha) baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
  5. Hayatilah hidup yang sedang anda jalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula menyusahkan diri dengan memikirkan hari esok yang masih belum tiba.
  6. Hendaklah anda sentiasa berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadang kala menimpa anda.
  7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
  8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang, dan berteman dengan orang2 yang optimis.
  9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar anda memperolehi semerbaknya kebahagiaan daripadanya.
  10. Gunakanlah pelbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan. 
"Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguhlah. Carilah sesuatu yang dapat menjauhkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang..."

Hasil tulisan: Dr Aidh Abdullah al-Qarni

Wassalam...

Saturday, April 24, 2010

::.. Takdirku ..::

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...


Takdirku..
Adakah engkau yang telah tertakdir untukku..?
Hadir ketika segalanya berlaku..
Membawa harapan yang ku harapkan..
Sekian lama..

Takdirku..
Aku ingin bertanya..
Bisakah kita bersanding di dunia..?
Layakkah kita bertemu bersama..?
Mampukah kita berkongsi semua..?
Atau..
Takdir hayatku mendahuluinya segalanya..

Takdirku..
Jika engkau memang tertakdir untukku..
Ku harap benarlah janjinya…
MehnahNya kepadaku selama ini..
Membawa bahagia bersama mu..
Mengganti duka dan derita..

p/s: Allah menciptakan berpasang-pasangan, Allah tidak membiarkan hambaNya keseorangan..Cinta Ilahi Cinta Yang Hakiki...Wallahua'alam

Friday, April 23, 2010

i'm back

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

MySpace Rindu ana pada blog Andai Itu Takdirnya. Lama jari-jemari ini tidak meninggalkan jejak, cuma baru hari nie...mood blogging sudah kembali

Saje ana tukar template baru...mesti ada positive and negative feedback yang akan ana terima. First feedback, ana terima daripada Ukhti Nadiah "Cantik template baru nie tapi macam lagi nice yang dulu". Adeihh...MySpace  Patah semangat jap. Hehehe. Tapi dah ana decided nak tukar, xpe2...setiap mata yang memandang mesti ada citarasa masing2.

Sebenarnya ana dah lama nak post mengenai jasa sahabat2 meraikan hari lahir ana 2 minggu yang lepas. Ana terharu sangat2. Thank you so much my dearest friends.MySpace

Mula2 memang ana confuse nak join atau tak teman2 makan di Seoul Garden. Ana memang tak tahu diorang semua nak sambut besday ana di sana. Disebabkan kaki ana melecur (minor burnt), lagi la ana tak mahu keluar. Tapi sahabat ana, Zatie sibuk memujuk agar ana join sesi makan2 di Seoul Garden. Sahabat2 yang lain pun puas memujuk, then ana mengalah. Join gak diorang main masak2 di Seoul Garden IOI. Kami pergi dalam 10 orang, memang meriah + kecoh dek kerana suara2 kami.MySpace

Jom ana share sikit gambar2 di Seoul Garden IOI :-

  Nie papan tanda SeOul Garden...baru 2 kali ana dan teman2 main masak2 di sini [sekali di One Utama, kali kedua di IOI]


Antara hidangan yang di masak oleh kami2 semua....nyum2x

Teman2 yang meraikan besday ana...Tenkiu2x

Peace bersama dila...[teman2 yang lain bz memasak]

tiba2 nak buat muka comel....[dila jangan marah yea, amik dari blog kamu]

saya sayang kamu semua....MySpace


Thanks a lot for the sweet memories, my friends. 
Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat...Amin

..:: 4 The Rest Of My Life ::..