Assalamualaikum wbt...
Satu lagi peristiwa yang akan sentiasa memberi peringatan kepada ana, malah menambahkan lagi rasa bersyukur kepada Allah SWT. " Allah Maha Besar...Allah Maha Berkuasa".
Semalam mak cik ana telah datang menjemput ana di UKM. Waktu itu dalam pukul 10 pagi. Kesempatan itu ana ambil untuk membawa pulang barang2 ana yang tidak lagi digunakan. Erm...banyak juga. Perasaan excited adik2 sepupu apabila melihat ana menambahkan lagi perasaan gembira. Seperti kepulangan yang sangat2 dinantikan.
Ana pun sibuklah memasukkan semua barang2 sambil dibantu oleh adik2 sepupu. Sebaik di dalam kereta, bermulalah radio bergerak. Celotoh adik sepupu yang tak berhenti-henti, dari satu cerita kepada satu cerita. Ana hanya mampu menjadi pendengar setia.
Tiba2....."Tet...Tet....Tet..."
Sebuah truck yang panjang hampir2 melanggar kereta yang kami naiki. Ya Allah...ana tergamam! Mak cik ana cuba sedaya upaya mengelak truck tersebut. Ana diam seribu bahasa kerana agak terkejut dengan peristiwa yang tidak disangka. Syukur Ya Allah kerna Kau telah menyelamatkan kami daripada bencana yang tidak diingini.
Astaghfirullah'azim....ana beristighfar di dalam hati. Sedar kesilapan diri sendiri...ana lupa untuk membaca doa naik kenderaan. Ana alpha. Segera ana membaca doa menaiki kenderaan, di dalam hati ana berdoa agar kami sentiasa dilindungi Allah SWT. Adik2 sepupu yang masih kecil seakan-akan mengerti apabila mereka juga turut mendiamkan diri dan berhenti bercerita.
Suasana sepi menjadikan ana memuhasabah diri sendiri. Mungkinkah ana terlalu gembira sehingga lupa kepada amalan yang sepatutnya ana lakukan? Mungkin juga inilah peringatan Allah kepada hamba-hambaNya agar tidak sesekali melupakanNya. Ya Allah...hambaMu memohon ampun atas kealphaan diriku sendiri. Pengajaran buat ana dan teman2 agar mulakanlah sesuatu perkara dengan nama Allah, semoga segala perkara yang kita lakukan diredhai dan diberkati Allah SWT.
Doa Menaiki Kenderaan

"Maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini bagi kami sedangkan kami sebelum itu tidak berdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali".
Surah Az-Zukruf : 13 & 14
p/s: musim perayaan tidak lama lagi, ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Tidak kira anda menaiki kenderaan awam atau kenderaan sendiri. Mulakanlah perjalanan dengan membaca doa dan pandulah dengan berhemah. Semoga kalian semua dilindugi dan dirahmati Allah SWT....Amin Ya Rabbal Alamin







5 comments:
huh...mujo xde pape jd...thank god..lain kali hati ye :) selamat bercuti mas :)
Alhamdulillah...semuanya selamat.
Selamat bercuti juga jella...kim salam kat family yea =)
alhamdulillah.. kte pnh jugak jd cmni. hampir2 tlanggar lori kt dpn. alhamdulillah tak je pape.
ye ke tasya?alhamdulillah...
mudah2an kita semua dilindungi Allah swt
Post a Comment