CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Thursday, March 4, 2010

Kembali ke Rahmatullah

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Semalam, 3 March 2010, Tok Pak Ngah ana telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin. Al-fatihah.


Wassalam...

Sunday, February 28, 2010

Siapa yang Tidak Merasa Tenteram Dengan Allah, Dia Tidak Akan Tenteram Dengan yang Lain

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



Allah SWT adalah ketenteraman bagi seorang mukmin, hiburan bagi orang yang taat dan kekasih para ahli ibadah. Barangsiapa yang tenteram dengan Allah SWT, dia akan tenteram dengan kehidupan, merasa bahagia dengan apa yang ada dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang, bercahaya dan terbuka. Cinta Allah SWT terukir dihatinya, sifat-sifat Allah SWT bersemayam dihatinya dan nama-nama Allah SWT tergambar di depan matanya. Dia hafal nama-nama Allah SWT, merenungkan sifat-sifatNya dan menghadirkan di dalam hatinya sifat-sifat Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Terpuji, Maha Lembut, Maha Baik, Maha Mencintai, Maha Indah, Maha Mulia dan Maha Agung.

Semua sifat-sifat itu mempengaruhi ketenteramannya terhadap Sang Pencipta, cintanya pada Yang Maha Agung, dan semakin mendekatkan diri kepada Yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya perasaan dekatnya Allah SWT dari para hamba-Nya pasti membuat orang2 menjadi bahagia denganNya, merasa gembira dengan pertolonganNya, serta senang dengan perhatianNya. Perhatikanlah firmanNya yang bermaksud:

" Jika hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang berdoa ketika berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu melaksanakan (segala perintah) Ku dan beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka sentiasa berada dalam kebenaran" (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sesungguhnya perasaan tenteram dengan Allah SWT tidak datang begitu saja tanpa sebab, dan tidak akan tercapai tanpa kesungguhan dalam berusaha mencapainya. Rasa tenteram itu adalah buah dari ketaatan kepada Allah SWT, dan hasil dari mencintaiNya.

Barangsiapa yang taat kepada Allah SWT, mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya serta jujur dalam cinta kepadaNya, maka orang itu akan menemui ketenteraman sebagai makanan, menemui kelazatan dekat dengan Allah SWT dan kebahagiaan bermunajat kepadaNya.

petikan dari buku 130 Resepi Untuk Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia, halaman 227-229.

Wassalam...

Tuesday, February 23, 2010

Salam Maulidur Rasul




Untukmu Rasulullah SAW

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah ( 2X )



Wednesday, February 10, 2010

Syukur Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Satu lagi peristiwa yang akan sentiasa memberi peringatan kepada ana, malah menambahkan lagi rasa bersyukur kepada Allah SWT. " Allah Maha Besar...Allah Maha Berkuasa".

Semalam mak cik ana telah datang menjemput ana di UKM. Waktu itu dalam pukul 10 pagi. Kesempatan itu ana ambil untuk membawa pulang barang2 ana yang tidak lagi digunakan. Erm...banyak juga. Perasaan excited adik2 sepupu apabila melihat ana menambahkan lagi perasaan gembira. Seperti kepulangan yang sangat2 dinantikan.

Ana pun sibuklah memasukkan semua barang2 sambil dibantu oleh adik2 sepupu. Sebaik di dalam kereta, bermulalah radio bergerak. Celotoh adik sepupu yang tak berhenti-henti, dari satu cerita kepada satu cerita. Ana hanya mampu menjadi pendengar setia.

Tiba2....."Tet...Tet....Tet..."
Sebuah truck yang panjang hampir2 melanggar kereta yang kami naiki. Ya Allah...ana tergamam! Mak cik ana cuba sedaya upaya mengelak truck tersebut. Ana diam seribu bahasa kerana agak terkejut dengan peristiwa yang tidak disangka. Syukur Ya Allah kerna Kau telah menyelamatkan kami daripada bencana yang tidak diingini.

Astaghfirullah'azim....ana beristighfar di dalam hati. Sedar kesilapan diri sendiri...ana lupa untuk membaca doa naik kenderaan. Ana alpha. Segera ana membaca doa menaiki kenderaan, di dalam hati ana berdoa agar kami sentiasa dilindungi Allah SWT. Adik2 sepupu yang masih kecil seakan-akan mengerti apabila mereka juga turut mendiamkan diri dan berhenti bercerita.

Suasana sepi menjadikan ana memuhasabah diri sendiri. Mungkinkah ana terlalu gembira sehingga lupa kepada amalan yang sepatutnya ana lakukan? Mungkin juga inilah peringatan Allah kepada hamba-hambaNya agar tidak sesekali melupakanNya. Ya Allah...hambaMu memohon ampun atas kealphaan diriku sendiri. Pengajaran buat ana dan teman2 agar mulakanlah sesuatu perkara dengan nama Allah, semoga segala perkara yang kita lakukan diredhai dan diberkati Allah SWT.

Doa Menaiki Kenderaan


"Maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini bagi kami sedangkan kami sebelum itu tidak berdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali".
Surah Az-Zukruf : 13 & 14

p/s: musim perayaan tidak lama lagi, ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Tidak kira anda menaiki kenderaan awam atau kenderaan sendiri. Mulakanlah perjalanan dengan membaca doa dan pandulah dengan berhemah. Semoga kalian semua dilindugi dan dirahmati Allah SWT....Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, February 8, 2010

Adab Bersahabat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Bersahabat adalah fitrah namun ketahuikah kita adab dalam bersahabat, sesungguhnya Islam itu adalah mulia lagi indah...



a) Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga,kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.

b) Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya sama ada di hadapan atau di belakangnya.

c) Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.

d) Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.

e) Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.

f) Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.

g) Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaannya.

h) Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.

i) Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.

j) Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
petikan asal dr: http://www.ukhwah.com

wassalam...

Saturday, February 6, 2010

Malu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Seseorang itu masih hidup dengan baik
selama dia mempunyai rasa malu
sebagaimana batang kayu masih akan tetap kekal
selama ia terbungkus oleh kulitnya

Tidak...! Demi Allah...!
Tiada kebaikan bagi hidup ini
dan tiada pula bagi dunia ini
apabila rasa malu telah hilang daripadanya.

wassalam...

Saturday, January 30, 2010

Wasiat dari Ibu yang bijaksana

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sudah berapa banyak kami lihat
orang yang dirundung kesusahan sesudah itu
kegembiraan datang mengiringinya

Sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab; iaitu Umamah binti al-Harits untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata:

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan untuknya lelaki tercipta.
Nasihat yang pertama dan kedua:

"Patuhlah kepada suamimu dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan"
Nasihat yang ketiga dan keempat:

"Sentiasalah engkau memperlihatkan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk, dan jangan dia mencium darimu kecuali bau wangi yang semerbak"
Nasihat yang kelima dan keenam:

"Sentiasalah engkau memperlihatkan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah"
Nasihat yang ketujuh dan kelapan:

"Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga serta anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik, dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik"
Nasihat yang kesembilan dan kesepulah:

"Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya, dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanahnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya apabila dia sedang bersedih, dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira"
Hasil tulisan: Dr. Aidh Abdullah al-Qarni



***Ana tumpang gembira buat teman2 yang bakal mendirikan rumah tangga. Tahniah !
Semoga kalian dapat membentuk sebuah keluarga yang sakinah...Amin ***

Wassalam...

Wednesday, January 27, 2010

Oh Hati

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Tersentuh rasanya saat hati ini gelisah, message yang dihantar oleh adik ana dapat mengembalikan semula semangat ana.

"Jangan jadikan airmata itu, airmata yang sia2...Menitis kerana manusia, mengalir kerana dunia. Biarkan dari mana sumbernya, tetapkanlah ia untuk Mu Pencipta...Yakinlah pada ikatan ukhwah, bukan pada zahir nilainya, tetapi pada kiriman doa. Jangan takut ditinggalkan seseorang...Itu lumrah insan...Cinta itu bukan sahaja memberi, tetapi menerima, berikanlah cinta pada yang selayaknya...yang sepi tidak semestinya benci. Ingat !! Berapa kali kita tersungkur, bangunlah semula...Kerna itu yang dinilai Allah SWT"

Syukran adik ku sayang....
Ana redha dengan ketentuan-Nya. Lindungilah hamba Mu daripada putus asa, " Sesungguhnya Kau Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini..."
Amin 3x.

"Ya Allah...Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu dari sikap lemah dan malas, dan aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada Engkau daripada lilitan hutang dan digagahi orang lain"
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

"Semoga Allah SWT melapangkan dadaku...Semoga perasaan resah dan gelisah yang menghantuiku hilang secara beransur-ansur...InsyaAllah"

Wassalam...

Tuesday, January 26, 2010

Tunjukkan dimana Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

...."Tunjukkan dimana Tuhan !"....email yang dikirimkan oleh umi ingin ana kongsikan bersama teman2, moga dapat kita jadikan renungan bersama...INSYA-ALLAH.

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.

Wassalam...

Monday, January 25, 2010

Jika Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Tiba2 nak tulis entri ini lepas baca blog saudari salinatul sa'adiah...hehe...betul ke ejaan ini ina? Kalau salah, ana mintak maaf yea...Tertarik dengan tajuk entri terbaru blog ina "Renungan untuk orang yang sedang bercinta"...Menarik !! Ana sarankan sahabat sekalian view...Insya-Allah akan terbit kesedaran dan keinsafan dalam diri. Moga dapat dijadikan sebagai peringatan buat ana dan teman2 sekalian..

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin...

*kalau sahabat sekalian sedar, ana pernah post kata2 ini dalam bentuk video*

_______________________________________________

Kawan2....tak salahkan menghabiskan duit untuk membeli-belah buku2 di bookstore??

Hari ini ana melawat lagi POPULAR Macam biasa, ana sibuk dengan aktiviti menelaah buku2 yang berkenan di hati. Tiba2 mata terpandang tajuk buku " Ketika Cinta Berbuah Syurga" dan penulisnya merupakan favourite writer ana, Habiburrahman El Shirazy

Ini adalah cover buku untuk edisi Bahasa Indonesia, kalau edisi Bahasa Malaysia covernya warna pink

"Anakku sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik, yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang bisa kau ajak bercinta untuk surga.”

Said tersentak mendengar perkataan ayahnya.

"Apa maksud ayah dengan teman yang bisa diajak bercinta untuk surga?”tanyanya dengan nada ingin tahu.

"Dia adalah teman sejati yang benar – benar mahu bersama denganmu bukan kerana darjatmu, tetapi kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keihlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk syurga"

"Nak beli ke tak yea?" Itulah persoalan yang bermain diminda ana. Tapi tangan ini memang sudah memegang buku dan kaki laju melangkah ke kaunter. Tak mengapa, walau masih ada lagi buku yang ana belum habis baca...ana pasti akan mencari waktu untuk baca buku yang lain!!!

Ana sudah baca sedikit buku ini, yang boleh ana katakan buku ini menghimpunkan 29 kisah pilihan yang dipetik daripada hadis, kisah2 zaman sahabat, zaman tabi'in dan kisah teladan dari dunia Islam. Insya-Allah, dapat kita sama2 jadikan teladan...Amin

Wassalam...

..:: 4 The Rest Of My Life ::..