Assalamualaikum wbt...
Tiba2 nak tulis entri ini lepas baca blog saudari salinatul sa'adiah...hehe...betul ke ejaan ini ina? Kalau salah, ana mintak maaf yea...Tertarik dengan tajuk entri terbaru blog ina "Renungan untuk orang yang sedang bercinta"...Menarik !! Ana sarankan sahabat sekalian view...Insya-Allah akan terbit kesedaran dan keinsafan dalam diri. Moga dapat dijadikan sebagai peringatan buat ana dan teman2 sekalian..
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin...
*kalau sahabat sekalian sedar, ana pernah post kata2 ini dalam bentuk video*
_______________________________________________
Kawan2....tak salahkan menghabiskan duit untuk membeli-belah buku2 di bookstore??![]()
Hari ini ana melawat lagi POPULAR
Macam biasa, ana sibuk dengan aktiviti menelaah buku2 yang berkenan di hati. Tiba2 mata terpandang tajuk buku " Ketika Cinta Berbuah Syurga" dan penulisnya merupakan favourite writer ana, Habiburrahman El Shirazy
Ini adalah cover buku untuk edisi Bahasa Indonesia, kalau edisi Bahasa Malaysia covernya warna pink
"Anakku sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik, yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang bisa kau ajak bercinta untuk surga.”
Said tersentak mendengar perkataan ayahnya.
"Apa maksud ayah dengan teman yang bisa diajak bercinta untuk surga?”tanyanya dengan nada ingin tahu.
"Dia adalah teman sejati yang benar – benar mahu bersama denganmu bukan kerana darjatmu, tetapi kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keihlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk syurga"
"Nak beli ke tak yea?" Itulah persoalan yang bermain diminda ana. Tapi tangan ini memang sudah memegang buku dan kaki laju melangkah ke kaunter. Tak mengapa, walau masih ada lagi buku yang ana belum habis baca...ana pasti akan mencari waktu untuk baca buku yang lain!!!
Ana sudah baca sedikit buku ini, yang boleh ana katakan buku ini menghimpunkan 29 kisah pilihan yang dipetik daripada hadis, kisah2 zaman sahabat, zaman tabi'in dan kisah teladan dari dunia Islam. Insya-Allah, dapat kita sama2 jadikan teladan...Amin
Wassalam...








3 comments:
suke sgt puisi jika aku jatuh cinta tu. da lame carik. huhu~
nk teman yg bisa diajak bercinta utk syurga....
tasya: finally dah jumpe...hehe..mas pun suka...anggaplah doa kita dalam mencari cinta sesama manusia.
shida: amin3x...semoga Allah makbulkan permintaan shida..=)
Post a Comment