CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Saturday, January 16, 2010

Ku Kasih Ku Sayang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Entah la...tiba2 ana ingin menulis entri mengenai sekolah-sekolah yang pernah menjadi sebahagian kenangan ana sewaktu menuntut di universiti. Kenangan yang tidak akan ana pernah lupakan. Sekolah-sekolah yang "ku kasih ku sayang" untuk selama-lamanya. Ilmu & tunjuk ajar yang ana terima daripada lecturer2 yang banyak berjasa akan ana praktikkan dalam mendidik anak2 murid...Insya-Allah

gambar yang diambil dalam website
Ini merupakan sekolah pertama, ana dipanggil "CIKGU" oleh anak2 murid. Waktu itu, ana baru 1st year di UKM. Ana menjalani prapraktikum selama 5 minggu di TIGS. Sekolah ini tidak jauh dari rumah ana. TIGS merupakan sebuah sekolah bestari, jadi tidak susah dalam urusan displin pelajar2. Guru-guru dekat TIGS baik2 belaka...selalu je ada jamuan makan yang biasanya diadakan pada hari jumaat. Kebetulan adik ana belajar di sini sebelum berpindah ke MRSM, jadi ramailah yang kenal ana sebagai kakaknya. Ana pun lebih suka mereka panggil ana kakak sebab waktu itu memang belum ada bakat untuk mengajar...
bersama ina dihadapan SMPN6
11 Mei 2009...tarikh yang tidak akan pernah ana lupakan. Pertama kali menjejakkan kaki di Surabaya. Peluang yang Allah berikan kepada ana untuk menuntut ilmu di seberang laut dan mengenali lebih ramai rakan...Alhamdulillah. " SMP Negeri 6, Jalan Jawa" itulah perkataan yang sering disebut sebaik sahaja ana dan ina menaiki teksi di sana. Banyak yang ana pelajari selain ilmu pendidikan, ana juga mempelajari budaya masyarakat Jawa di sana. Mencuba makanan tradisi mereka. Cuma sayangnya...tidak semua makanan di sana dapat diterima oleh tekak ana. Keramahan dan penghormatan yang mereka tunjukkan amat ana kagumi. Selama 4 minggu di sana, tidak banyak masalah yang kami hadapi. Ada sahaja hamba Allah yang sudi memberi pertolongan. Tidak akan pernah ana lupakan mereka yang telah banyak membantu. Ana sayang mereka semua seperti saudara ana sendiri . Insya-Allah, jika umur dipanjangkan ana ingin menziarah semua teman2 dan anak2 SMPN6....Amin
comelnya kak tiq di depan SMKBB
Sisa praktikal selama 5 minggu telah ana habiskan di SMK Bandar Banting. Tidak terlalu berat sewaktu menjalani praktikal di sini. Ana cuma perlu mengajar 5 periods sahaja!! Seronok kan?? . Disebabkan jadual waktu untuk ana belum disediakan selepas ana pulang dari Surabaya, makanya ana diberi tugas relief sahaja selama 3 minggu. Then baru start mengajar Form 1. Ana rasa bersyukur sebab pelajar2 dapat menerima ana selama menjalani praktikal di sana. Paling menggembirakan apabila ana dapat melihat perubahan dalam diri anak2 murid. Dari yang malas belajar menjadi bersungguh2 untuk menyiapkan Worksheet. Sering mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Bestnya waktu itu...sampai ana tidak tahu nak suruh siapa yang jawab...

Semua ini terlalu indah walaupun hanya tinggal kenangan. Dengan adanya coretan ringkas mengenai sekolah2 dan pelajar2 yang "ku kasih ku sayang"...Insya-Allah, akan segar dalam ingatan untuk selama-lamanya...

Wassalam...

2 comments:

jellajello said...

lepas bace entri mas ni wt jela rase mas betul2 enjoy mase praktikal dulu...insya Allah mas akan jd seorang guru yg cemerlang...amin.

cahaya yg t'pelihara said...

syukran...
sama juga utk jela, mas doakan semoga Allah permudahkan alam bergelar 'guru' yang bakal ditempuhi kelak..Amin

..:: 4 The Rest Of My Life ::..