CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Related Posts with Thumbnails

TQ Followers

Sunday, January 10, 2010

My spectacle

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Semalam ana dan zatie, sahabat ana telah pergi ke Mines. Semalam juga ana telah menghabiskan RM +++ untuk membeli spectacle. YUP!!! MY FIRST SPECTACLE. Rasa macam tak percaya akhirnya ana juga memiliki spectacle sendiri.

Hurm....sebenarnya first time, ana check mata apabila ana menemani sahabat ana membeli spectacle di Tangkak. Waktu itu, ana masih study di Matrikulasi Johor. First time check mata, kakak kedai tue kata "awak ada rabun silau 50 sebelah kiri sahaja...mata kanan ok je, sihat walafiat". Macam tak percaya sahaja ana ada problem mata juga. Tapi waktu tue, memang ana tak ada niat pun nak buat spectacle. Pada ana 50 tue masih rendah & mata ana masih sihat...

Kali kedua, ana check mata semester lepas...di Focus Point Mines. Waktu tue, memang ana dapat rasakan rabun ana semakin meningkat. Tup2!! Memang sah...rabun silau ana makin meningkat menjadi 100. Ana tahu ana tak boleh nak drive malam...pernah ana hampir2 melanggar divider jalan. Ya Allah, sejak hari tue memang ana tak pernah drive malam. Teman2 ana yang banyak membantu...mereka juga merangkap "driver" ana.

Dan semalam, ana telah check sekali lagi mata di Focus Point. Terkejut bila dapat tahu rabun silau menjadi 250 . Pekerja tue tanya sama ada mata ana pernah cedera atau tidak. Definitely I said never. Dia pun suggest buat spectacle sebab mata ana not balance. Ana call umi minta pendapat perlu atau tidak untuk membuat spectacle. Umi kata buatlah sambil umi memberi sedikit taklimat sebab2 rabun silau ana meningkat. Of course, menghadap laptop 24 hours. Menghadap laptop di dalam gelap. Erm...that's was my fault. Umi sempat pesan suruh pilih spectacle plastik dan jangan terlalu besar...agak2 sesuai untuk student. Baiklah umi, ana akan ikuti semua perintah umi.

Finally...my spectacle~~ok tak kawan2??


Sempat juga ana belikan BIG APPLE untuk teman2 yang tak dapat join aktiviti kami di Mines. Al-maklum, ana memang faham sangat time malam je...teman2 ana memang kelaparan. Dengan riang ria kami makan bersama-sama...

No comments:

..:: 4 The Rest Of My Life ::..