Assalamualaikum wbt...
Rindu...Rindu...Lamanya ana tidak jejakkan kaki ke KMJ. Semalam bila parent hantar adik ana pulang ke matrikulasi...rasanya macam terimbau semula kenangan bersama teman2 di sana. "Ya Allah...rindunya zaman belajar disini"..." Rindunya pada teman2..."...Itu sahaja yang mampu ana ucapkan.
Kalau ana tidak silap, ada serba sedikit perubahan di sekeliling KMJ. Makin cantik!!! Lebih banyak tempat berehat dan lanskap yang menarik. Ikutkan hati, ana ingin melihat sekeliling KMJ tapi keadaan yang membataskan. Hari sudah gelap...kami harus meneruskan perjalanan ke Segamat. Sewaktu menunggu adik ana menghantar barang2nya ke bilik, ana sempat berbual2 dengan abi.
Abi: " Budak2 tue buat apa yea?"Segala ketentuan Allah SWT ana terima dengan redha. Mengajar dimana-mana tidak menjadi persoalan. Insya-Allah, ana akan ikhlaskan hati dengan amanah yang diberikan. Cuma kalau boleh, janganlah terlalu jauh...hehe....
Ana: " Group discussion kot..."
Abi: " Tapi kenapa sampai duduk kat lantai? Kenapa tak duduk kat meja tue?"
Ana: " Diorang selesa study macam tue kot..."
Abi: " Kalau akak habis study...bolehkan mengajar matrik?"
Ana: " Boleh...Doakan yea biar akak dapat mengajar matrik. Best jugak"
Boleh ke gitu???Setelah menghantar adik ana, kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman tercinta. Ana tak sabar untuk berjumpa nenek tersayang. Sememangnya ana rapat dengan nenek
. Setiap kali berjumpa pasti akan ada cerita yang ingin dibualkan. Cuma sejak akhir2 ini, nenek sering demam dan batuk2. Risau ana melihatnya. Mungkin nenek penat menjaga Tok Pak Ngah yang sedang sakit kuat. Sehingga kesihatan nenek sedikit terganggu. Doa ana agar nenek dan Tok Pak Ngah akan diberi kesembuhan secepat yang mungkin oleh Allah SWT....Amin Ya Rabbal Alamin.Wassalam...Doa Mohon Disembuhkan Dari Penyakit
Al Anbiya : 83 : (Ya Tuhanku), aku ini tengah ditimpa malapetaka (penyakit) dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.








No comments:
Post a Comment