Assalamualaikum wbt...
Sudah berapa banyak kami lihat
orang yang dirundung kesusahan sesudah itu
kegembiraan datang mengiringinya
orang yang dirundung kesusahan sesudah itu
kegembiraan datang mengiringinya
Sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab; iaitu Umamah binti al-Harits untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata:
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan untuknya lelaki tercipta.
Nasihat yang pertama dan kedua:
"Patuhlah kepada suamimu dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan"Nasihat yang ketiga dan keempat:
"Sentiasalah engkau memperlihatkan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk, dan jangan dia mencium darimu kecuali bau wangi yang semerbak"Nasihat yang kelima dan keenam:
"Sentiasalah engkau memperlihatkan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah"Nasihat yang ketujuh dan kelapan:
"Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga serta anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik, dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik"Nasihat yang kesembilan dan kesepulah:
"Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya, dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanahnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya apabila dia sedang bersedih, dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira"Hasil tulisan: Dr. Aidh Abdullah al-Qarni
***Ana tumpang gembira buat teman2 yang bakal mendirikan rumah tangga. Tahniah !

Semoga kalian dapat membentuk sebuah keluarga yang sakinah...Amin ***
Wassalam...








No comments:
Post a Comment