Assalamualaikum wbt
Hampir seminggu yang lepas, ana stay kat rumah auntie di Banting. Erm, sebenarnya auntie ana yang call minta tolong datang rumah dia. Kebetulan kelas ana cuma hari Isnin & Khamis, so tak la busy sangat. Pikir punya pikir...baik datang sekarang sebelum assignment bertimbun. Bila dah sibuk nanti lagi payah nak jenguk muka...hehehe
Hari Jumaat ana berangkat ke rumah auntie. Awal2 lagi auntie ana dah minta tolong suruh jaga anak dia. Takde hal pun bagi ana. Dah practice dari sem lepas lagi. Bermula la title "baby sitter" yang disandang oleh ana. Anak auntie ana ada 3 orang, 2 perempuan dan seorang lelaki. Semua kecil2 lagi. Sulung darjah 3, second darjah 1 and third baru 2 tahun.
Minggu lepas kan, hampir semua parents yang ada anak darjah 1 sibuk dengan persiapan sekolah/taklimat. Termasuk lah auntie ana, cuma bezanya auntie ana terpaksa uruskan semuanya seorang diri. Husband dia xde kat sini...nun jauh di Sabah. Balik pun 2 bulan sekali. Kalau cuti pun cuma seminggu. Kesian ana lihat auntie. Tapi auntie ana selalu tenangkan hati dia dengan berkata "xpe...Kak Ani dah biasa berdikari". Entah la, jauh di sudut hati ana dapat rasakan rasa sayunya. Semoga Allah bagi semangat dan kekuatan kepada auntie dalam membentuk anak2nya menjadi anak2 yang soleh & solehah. Dan sebagai anak sedara, ana sentiasa dibelakangnya...Insya-Allah, setakat yang mampu ana tolong, akan ana usahakan.

Jadi baby sitter sementara nie, xdelah susah sangat. Buat kerja sikit2 je. Tambahan pula, anak auntie yang first n second dah besar. Diorang dah boleh urus diri sendiri. Cuma yang kecil je, kena bagi perhatian yang lebih...Yang bongsu nie la yang paling manja dengan mama dia. Kiranya tak boleh berenggang kecuali kalau mama dia pergi kerja. So, kalau jalan2 tak bawa dia mesti dia menangis sakan la.

Kebetulan hari sabtu, auntie ana sibuk ke sekolah uruskan anak untuk kemasukkan darjah 1. So, Sara a.k.a yang bongsu ditinggalkan dengan baby sitter yang xmahir nie...hehe...Bila start je enjin kereta n auntie ana kunci pintu, dah dengar music menangis dalam rumah. Di sini la, skill memujuk anak2 kecil diperlukan...haha...Mula2 memang payah juga nak pujuk Sara. Tapi alhamdulillah, dia berhenti la nangis bila penat + susu sebotol. Cuma yang kelakarnya...sara nie boleh nangis tiba2. Kalau dia teringat mama dia mesti dia nangis...even tengah lena tido. Agaknya sampai dalam mimpi kot dia teringat ditinggalkan oleh mama.
Ana jadi baby sitter nie selama 4 hari. Macam2 ragam anak2 kecil yang harus ditangani !! Barulah ana tahu agak sukar untuk menjadi baby sitter. Jangan pernah kita pandang pekerjaan seperti ini dengan sebelah mata. Malahan pekerjaan seperti inilah yang mengajar kita erti kesabaran dan kasih sayang.
So, in the future kalau fee untuk baby sitter naik...jangan lah dipertikaikan. As long as fee tue reasonable.Wajah2 manis Alia Maisara...Love U so much










4 comments:
comelnye.... alia maisara.. mcm tajuk lagu mamat je.
comel2...dia suka ajuk ckp org
nak belajar cakap..:D
kak dia...alia natasya
mcm dah nak sama je nama ngan tasya...hehe
comel adik yg umur 2 thn tu...
baby sitter utk anak 2thn ok la..
perempuan lagi...
insyaallah tak byk kerenah..
hehe..
berbanding yg si kembar laki..
:)
alia natasya lg sedap. hehe~
Post a Comment